Saturday, December 09, 2006

Denda RM500 bagi wanita berpakaian tidak sopan di Kelantan

Menurut artikel di bawah yang saya dapat dalam emel dari yahoogroups Saiful Islam, pada saya adalah wajar.. walaupun kita boleh kata, seakan2 membebankan wanita sebab terpaksa didenda.. apa yang dapat saya fikirkan, wanita Islam sekarang sepatutnya lebih sedar akan keadaan ini, mereka sepatutnya tidak harus sombong dan tidak menguatkan semangat untuk menutup aurat dengan sempurna. Telah jelas dinyatakan di dalam hadis Nabi Muhammad menyatakan antara maksudnya Fitnah terbesar bagi lelaki pada akhir zaman berpunca dari perempuan, lelaki boleh rosak kerana perempuan... mungkin dia akan merosakkan dirinya dan mungkin kerana fitnah perempuan juga dia akan merosakkan wanita lain???
Memang akal boleh menyatakan bahawa kalau pakai tak sempurna pun.. perempuan pakai sempurna boleh gak kena rogol, buat maksiat apa semua. Tapi yang penting kita usaha untuk cegah, kalau ujian yang tak baik datang untuk kita, kita hadapi lah dengan sabar InsyaAllah doa pada Allah supaya dapat menghadapi ujian yang datang dengan tabah.
Bagi mereka yang tidak mahu mendengar dan berubah kearah kebaikan lain ceritanya, bagaimana pula dengan lelaki yang beriman? adakah kita nak salahkan mereka.. kalau mereka dah berusaha untuk menjaga keimanan mereka sedangkan dalam kehidupan seharian mereka kelihatan wanita2 islam berpakaian dari segenap pandangan, ceruk, penjuru ada saja akan kelihatan aurat yang boleh membangkitkan syahwat.
Bagi yang bukan islam, kita tak dapat nak tegur mereka sangat cuma kita terpaska berhati-hati dengan mereka dan cuba menjaga pandangan sebaiknya.. apapun sama2lah kita muhasabah diri samada lelaki atau perempuan untuk menjaga perilaku, akhlak, ibadah, pergaulan dan juga apa sahaja menurut kehendak Islam InsyaAllah

Menghukum wanita pakai seksi adalah wajar, kata Nik

Aziz Dec 5, 06 7:05pm Saiz Huruf: Menteri
Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan
tindakan Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) menguatkuasakan
sepenuhnya undang-undang kecil menegah wanita berpakaian tidak sopan
daripada bekerja di premis perniagaan di kawasan tadbirannya.

Tindakan MPKB mengenakan denda RM500 terhadap wanita yang
berpakaian sedemikian, menurut beliau, memang satu tindakan tepat
kerana mereka sepatutnya menghormati budaya dan nilai keagamaan yang
diamalkan di Kelantan.

"Seseorang wanita yang memakai pakaian tidak senonoh sebenarnya
tidak menghormati dirinya sendiri, jadi bagaimanakah orang lelaki
akan menghormati mereka?

"Kedudukan moralnya juga nipis. Mengapakah orang menyimpan wang
mereka di dalam dompet? Kerana wang adalah sesuatu yang bernilai
tinggi, seperti juga maruah wanita. Jadi seseorang wanita sepatutnya
berpakaian sopan untuk menjaga maruahnya," kata Nik Aziz.

Menurut laporan mSTAR online, beliau berkata, telah menjadi norma
dan sifat semula jadi lelaki akan mudah tergoda apabila melihat
wanita berpakaian seksi dan menjolok mata.

"Ini sebenarnya bukan satu undang-undang yang khusus bagi MPKB
sahaja. Ia adalah peraturan bertepatan dengan Islam jadi ia tidak
patut diperkecil dan dipersoalkan, " tegasnya lagi.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis rasmi di
Grand Riverview Hotel di sini, Nik Aziz berkata, wanita bebas
berpakaian sesuka hati mereka ketika berada di rumah sendiri, tetapi
perlu menepati tuntutan Islam agar berpakaian sopan di khalayak
ramai.

Katanya, sudah sampai masanya bagi MPKB menguatkuasakan peraturan
itu kerana setelah sekian lama menjalankan kempen dan program bagi
menyedarkan wanita mengenai perkara itu, masih ramai yang terus
berdegil.

Pakaian yang disifatkan tidak sopan dan bertentangan dengan undang-
undang kecil MPKB itu termasuk blaus dan seluar ketat, skirt
singkat, balus dan baju-T yang menampakkan pusat, seluar jeans yang
mendedahkan bahagian atas punggung.

Bagi wanita Islam pula, pakaian mestilah yang menutup aurat dan
labuh hingga menutup buku lali dan bertudung.

Selain mendenda wanita yang berpakaian tidak sopan, MPKB juga
mengumumkan bahawa majikan mereka juga boleh dikenakan tindakan
kerana membenarkan pekerja mereka melanggar kod etika berpakaian,
termasuk menarik balik permit perniagaan bagi mereka yang degil.