Wednesday, January 05, 2011

Aku sedar itu

Keresahan itu mengundang
kadangkala ia datang secara tiba-tiba
saat jiwa merasakan ia hadir
secara berpijak sekadar cuma
itu yang aku risau
aku cukup berhati-hati

Atas dasar apa
atas dasar membahagiakan
atas dasar kemanusiaan
atas dasar memberi semampu cuma
aku sekadar bersederhana
aku tidak pedulikan aku
aku pedulikan dia

Tidak yang dulu
yang dulu telah berlalu
namun hakikat rasa itu
ia yang satu
kelemahan seorang lelaki
lelaki itu aku

Bersahaja saja mungkin
sekadar menenangkan gelodak
rasa cemburu yang membentak
adakah aku di dalam dirimu
sekadar mana aku mampu
menyusuri ruang hatimu
maaf andai aku menghindar
sekali sekala hanya kerana
aku terlalu cemburu