Sunday, October 24, 2010

Aku Sayang Wanita

mengapa entry bertajuk begini? anway..diri ini sekadar ingin meluahkan rasa sayang pada kaum wanita, adakah aku layak menjadi pembimbing wanita? buat masa ini aku tidak mempunyai peluang untuk betul-betul membimbing, tapi dakwah secara halus dan berhikmah itu perlu..permasalahan besar pada akhir zaman adalah isu aurat, apapun kaum wanita janganlah cepat melenting..sebab kadang2 ada benarnya pernyataan kita tak boleh menilai luaran seseorang secara zahirnya sahaja.tetapi kiamat itu pasti, apa yang Allah larang ada sebabnya..apapun aku doakan hidayah allah meluas kepada kaum wanita.. kerana aku sayang wanita

coretan di bawah diambil dari sebuah blog yang penulisnya wanita..khusus untuk wanita.

to be continued... lupa dimana catatan beliau... later will be post insyaAllah

Mari mencuba pakaian syurga!ayuh

dipetik dari http://nuraisyaz.blogspot.com/2010/08/mari-mencuba-pakaian-syurgaayuh.html

Acapkali sewaktu saya bersiar-siar di KLCC,MID VALLEY,TIMES SQUARE dan seribu satu pasaraya lagi,hampir setiap kali saya berjumpa dengan remaja melayu yang tidak ada langsung ciri-ciri melayu.Dari hujung rambut sampai hujung kaki,sekali pandang persis macam minah dan mat salleh.Rambutnya sudah berwarna-warni,di dandan pula dengan mekap besertaa aksesori,ditambah pula dengan skirt dan pakai singkat-singkat,memang serupa dengan orang kulit putih,cuma kulit mereka sahaja masih melayu.Kenapa ya?Kalau adapun remaja melayu,jiwa dan pakaian mereka membuatkan seolah-olah saya berada di pasaraya ternama di New York,seolah-olah saya sedang membeli-belah di Hong Kong.Hebat bukan?


Saya akui,fesyen mampu mencipta satu suasana yang yang berbeza.Cuba bayangkan sebentar,kamu sekarang di Mid Valley dengan berjubah,dan hampir semua manusia di sekelilingmu berpakaian jeans ketat-ketat dan berskirt,bukankah kamu akan gusar?Mana tidaknya,apa yang kita fikirkan ialah apa yang orang lain fikirkan terhadap kita.Betul?

“Eh,minah ni,pakai jubah pula.”


Dalam zaman yang cerba canggih,hatta pakaian sekalipun mahu dicanggihkan(bukan jenama canggih).Saya juga hairan,entah dari mana pereka-pereka fesyen ini mendapat ilham,mereka cipta pakaian dalam beberapa versi,dedah belakang,tutup depan,dedah atas dan tutup bawah.Semua kelihatan hebat di mata kita kerana ia adalah sesuatu yang lain dalam norma masyarakat kita.Bukankah anda suka kalau anda menjadi perhatian?

Kita dan Fesyen

Teringat waktu saya dan seorang kawan lama bertemu,kami menghabiskan masa dengan membeli baju.Kami bertiga.Yang mahu membeli pakaian ialah saya dan si A.Al-kisah,singgahlah kami di sebuah kedai pakaian di East Cost Mall.Dan ketika membeli kemeja,saya memilih kemeja yang agak labuh manakala teman saya,si A memilih kemeja biasa.
Lalu saya ditegur begini,

“Eh,aishah,kenapa labuh sangat?”.

Saya tergamam.Kelu lidah seketika.Walhal sebenarnya akal saya mencari-cari idea untuk membalas soalannya yang bagi saya tak perlu dijawab.

“Erm,memang saya suka jenis yang macam ini”.

Stop.

Sikap umat kita.

Di zaman fesyen bohsia bohjan dijaja,akhlak lumat entah kemana,saya merasakan sesuatu telah hilang dalam diri kita.Sesuatu yang hilang itu yang pernah berlaku pada umat dahulu.Yang menyebabkan kita kehilangan zaman-zaman indah kegemilangan tamadun islam.

Apa yang hilang?

Izzatul islam.Perasaan bangga dengan islam.Saya percaya umat kita sudah hilang perasaan bangga sebagai muslim.Mana tidaknya, kita sendiri yang merasa malu bila berpakaian mengikut syariat,bila tidak berhias,berdandan dan bila tidak mengikut trend fesyen .Seolah-olah muslim yang mengikut syariat tergolong dalam golongan yang terasing jika berpakaian menutup aurat kerana kebanyakan manusia berfesyen dengan fesyen dedah-dedah.

Ada lagi cerita.Harap siapa yang sudi membaca,tidak jemu.

Saya berasal dari sebuah sekolah biasa,maka adab dan sosial pelajar-pelajar juga biasa-biasa sahaja.Apabila saya dan kawan bertudung jenis kain akel,saya dan teman baik dipanggil ustazah.Tinggi sungguh penghargaan yang diberi pada kami ! :P

Suatu hari,kawan saya memakai tudung labuh.Usai solat isyak di surau sekolah,dia keluar.Merah padam mukanya bila memasuki kelas gara-gara semua mata memerhatinya dari surau sehingga kelas.Terpaksalah dia menyorok seketika di dalam tandas umpama seorang penjenayah agama!!

Saya tahu,barangkali kamu terlupa sekali-sekala untuk memakai lengan panjang,terlupa untuk menutup rambutmu yang ikal mayang,terlupa untuk memakai seluar di bawah paras lutut dan seribu satu lagi kelupaanmu.Tapi kamu jangan lupa,malaikat yang mencatit amalanmu di kiri dan kanan tidak pernah terlupa untuk menulis amalanmu.Dan yang paling kamu tak boleh lupa,Pencipta kita sentiasa memerhatikan kita.Maha Suci Allah dari sifat hambaNya yang pelupa.Kalau hari-hari lupa,sampai bila kesudahannya?

Barangkali juga kamu tahu menutup aurat penuh itu wajib.Cuma kamu masih belum kuat untuk berubah.Kamu tahu,memakai tudung perlu menutup dada,memakai baju jangan yang ketat-ketat dan nipis,bila berhias biarlah berpada-pada.Tapi kamu jangan lupa,kekuatan itu datangnya dari iman.Dan iman itu datangnya dengan keyakinanmu pada janji Tuhan.Apa kamu sudah lupa mengapa Allah memberi arahan sedemikian?

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nur :31).

Maka saya membuat kesimpulan peribadi,kebanyakan kita berpakai mengikut undang-undang budaya bukan syariat lagi.Kalau tidak,mana lahirnya golongan pakai jubah tapi tak bertudung,bila bertudng,baju hampir-hampir tanpa lengan,kain pula terbelah depan belakang?Kalau lelaki pula,seluar ketat-ketat,seluar singkat-singkat.Mungkin begini,lahir-lahir ibu bapa pakai begitu,maka anak-anak juga mengikut apa yang dipakai ibu bapa?Kita pakai ikut budaya tanpa tahu dalilnya?

Prejudis terhadap umat sendiri

Seringkali bila memikirkan masalah umat,saya hairan,mengapa umat islam lewat zaman ini bersikap prejudis terhadap saudara sendiri?Mengapa,bila ada yang cuba-cuba “berhijrah” ke arah yang lebih baik,akan ada nada-nada sumbang di belakang yang memandang serong?Bukannya mahu di ambil yang di jernih dibuang yang keruh,apatah lagi memberi sokongan,tapi a di pulaukan pula semata-mata kerana mentaati perintah Allah.Masya-Allah,saudaraku,cepat-cepat hisab diri!

Dan benarlah sabda Nabi Junjungan.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasululah(saw) ,"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing". -H.R. Muslim

Lihatlah saudaraku,Islam kembali asing di akhir zaman ini dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Kita sendiri yang merasa ganjil dan pelik tatkala melihat orang Islam yang iltizam dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang normal dengan mereka.

Dan begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah(saw) bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api". H.R. Tirmizi

Di zaman yang sangat mencabar ini, sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran islam terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau tidak bersungguh-sungguh, nescaya islam terlepas dari genggamannya. Kerana apa?Kerana umat islam sendiri tidak membantu untuk dia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. Jadi,kesimpulannya, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan.

Alah,lecehnya islam.

Ada yang mempersoalkan,kenapalah perempuan diperintahkan menutup aurat hampir keseluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan?Kenapa lelaki tidak?
Jawapannya pada saya mudah.Kerana yang Allah perintahkan untuk kita tutup itu adalah yang indah-indah belaka.Tanpa perlu lagi dikiaskan dengan analogi palsu yang sudah dihadam oleh kita(analogi permata dalam bungkusan),kita pasti faham.Buktikan pada saya,dimana perempuan tidak cantik?

Tiada.

Tapi lelaki,diberatkan pula dengan amanah dan tanggungjawab.Menjadi lelaki bagi saya umpama bakal memikul sebeban gunung.Mana tidaknya,kalau sudah berkahwin,keluarga sendiri perlu dijaga,ibu dan ayah perlu di utama,anak isteri juga dipikul dosa,nafkah pula perlu di usaha,bukankah itu amanah besar dari Tuhan?
Saya menulis ikhlas dari hati.Untuk kakak,adik,ibu,ayah,abang,kawan,teman,dan muslim semuanya,semua ini tanda kasih dan sayang bersama.Kerana saya tahu,syurga dicipta untuk semua hambanya.Maka,saya mahu masuk bersama kalian.Sungguh,syurga itu mahal nilainya,dan jalan menujunya tak semudah yang kita sangka.Maka,berubahlah dari sekarang.

Yang lebih menakutkan bila di renungi hadis Nabi dibawah,

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah(saw), bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

Seindah-indah hiasan adalah pakaian taqwa.

No comments: