Wednesday, November 24, 2010
lawan tetap lawan
Friday, November 19, 2010
FASIK KAH KITA
Orang fasik adalah orang Mukmin atau orang Muslim yang secara sedar melanggar ajaran Allah (Islam) atau dengan kata lain org tersebut percaya akan adanya Allah, percaya akan kebenaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW tetapi dalam tindak perbuatannya mereka mengingkari terhadap Allah dan hukumNya, selalu berbuat kerosakan dan kemaksiatan.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Orang Fasik adalah orang yang melanggar perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerosakan dimuka bumi. Mereka itulah orang yang rugi” (Surah Al Baqarah ayat 27)
“Allah telah berjanji kepada orang yang beriman diantara kamu serta mengerjakan amal soleh, bahawa ia (Allah) akan menjadikan mereka khalifah dimuka bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang yang sebelum mereka menjadi khalifah. Dan Ia menggantikan (keadaan ) mereka sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa (selama) mereka tetap menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang kafir sesudah janji itu, maka mereka itulah orang yang fasik”
(Surah An Nur ayat 55)
“Dan jika Aku (Allah) hendak membinasakan suatu negeri, maka Aku perintahkan kepada orang yang hidup mewah dinegeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan (fasik) dalam negeri itu, maka sepantasnya berlaku terhadap mereka (ketentuan-Ku) kemudian Aku hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya”
(Surah Al Isra' ayat 16)
Balasan orang Fasik
Orang Islam yang berbuat fasik, berbuat kerosakan, kejahatan dan maksiat dimuka bumi ini, maka Allah menyediakan seksa Neraka yang pedih.
merujuk dari : http://abubasyer.blogspot.com/2010/04/ciri-ciri-seorang-muslim-muttaqin-fasik.html
berdasarkan dari tajuk di atas aku hanya ingin membawa fikir pada diri sendiri paling2 juga kepada diri kita semua yang berpijak dibumi Allah. Rasa takut ada masanya masuk ke ruang jiwa bila merasakan jiwa penuh dosa penuh kederhakaan pada Allah.
Ada masanya kita menyedari melakukan keingkaran pada Allah dan terdetik dalam fikiran dan hati, aku berdosa pada saat ini.. Aku sedang melakukan apa yang Allah larang tetapi tingkah laku itu tetap dilakukan kerana, kerana apakah? adakah saat itu kerana perngaruh syaitan? kerana pengaruh nafsu? ataupun adakah itu kefasikan? hmm.. kita menyedari dan mengetahui saat itu bila terdetik akan rasa berdosa tetapi terusan melakukan keingkaran, sangat bahaya tahap iman.. Mohon ampun Ya Allah pada saat2 yang aku rasakan adanya fasik dalam diri ini.
Beralih kepada siaran radio IKIM.FM yang aku dengari berkaitan rancangan penjagaan mata mungkin. Ada seorang doktor wanita ini memunyai fikrah yang Alhamdulillah antara yang sempat aku dengar ialah berkenaan aurat. Apa yang beliau nyatakan dari hati wanitanya ialah beliau menyatakan bahawa kalau tak silap wanita-wanita yang islam diluar sana yang tidak menutup aurat adalah tidak menghargai diri mereka. Andai ada wanita-wanita yang terasa dengan pernyataan ini jangan marah ok. Kita cuba bermuhasabah dengan apa yang benar apa yang hak apa yang telah Allah perintahkan. Antara lain beliau menyatakan apabila perempuan menutup aurat wanita sebenarnya telah berusaha melindungi diri mereka dari pandangan mata laki-laki yang jahat diluar sana. Mungkin wanita yang berfikiran pendek atau yang cuba mempertahankan kehendak mereka berdasarkan akal akan menyatakan bahawa "dah nama lelaki gatal, tutup aurat ke apa ke sama juga" ada yang berfikiran begini.
Apapun ada hadis nabi yang menyatakan bahawa sebesar-besar fitnah bagi kaum lelaki pada akhir zaman adalah berpunca dari wanita. Aku tidak pernah membenci wanita, tetapi cukup sukar untuk meletakkan dimana sewajarnya tahap iman apabila berhadapan dengan wanita-wanita ini. Tidak semesetinya wanita yang menutup aurat itu baik, dan yang tidak menutup aurat itu jahat. Apa yang penting berpokok pangkalnya hati. Apa yang kita lakukan kerana Allah, seorang yang baik tetapi tidak menutup aurat, kepada siapa kita sewajarnya menjadi baik? buka nsemata kerana manusia kita berpijak dibumi Allah dan sewajarnya kita patuh kerana kita hanya hamba. Aku tidak pandai mengukir kata, aku juga hanya insan biasa yang cuba keluar dari kemunafikan, kefasikan dan juga menjauhi sifat2 mazmumah yang ada dalam diri.
Hanya Keampunan dan doa ko pohon darimu Ya Allah atas segala kelemahan diri ini.
Thursday, November 18, 2010
Saat Lafaz Sakinah
Wednesday, November 17, 2010
Orang yang berintegriti
Aku Tak Mampu Begitu
Pulangku
Friday, November 12, 2010
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Mahasuci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidakmenyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Semalam aku mendengar secara tak langsung rancangan Tanya Ustaz di TV ketika aku menghadap internet seperti ini. dengan Tajuk yang cuba dikupas (Mungkir Janji)
apa yang aku dengar dan apa yang aku fahami berdasarkan dari doa iftitah yang kita baca di dalam solat..kita telah berjanji di dalam apa yang kita sebutkan di dalam solat..orang yang mungkir janji tergolong dalam golongan orang munafik dan tempat orang munafik yang aku dengar adalah dalam neraka, sangat menginsafkan.. sejenak.
Solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah.. untuk itu kita perlu memahami setiap ucapan yang kita sebut di dalam solat.. setiap kali solat.. insyaAllah aku terdetik pada lafaz "inna solati , wanusuki, wamahyaya, wamamati, lillahirabbil alamin" semua yang aku lakukan sebenarnya untuk Allah..
aku banyak memungkiri janji pada Allah rupanya.. memang ku sedar, apa yang aku lakukan walaupun atas fitrah kehendak aku sebagai manusia. hanya satu sandaran sebenarnya semuanya berbalik pada Allah, aku perlu lakukan apa pun berdasarkan kesukaan Allah, namun aku manusia tak lepas dari godaan syaitan dan juga pujuk rayu nafsu.
Aku juga masih mempunyai fikiran dan akal yang waras selagi Allah masih menyayangi aku untuk membezakan samada wajar atau tidak apapun tindakan yang aku lakukan. Tapi ada masa aku keliru aku mohon maaf dan ampun Ya Allah sebab kadang2 aku bertindak atau ada perbuatan ku yang aku tak dapat tafsirkan samada ia benar padamu atau salah padamu, engkau lebih mengetahui Ya Allah, hanya kepadamu sewajarnya aku memohon Ya Allah.. aku serahkan apa yang aku tak mampu padamu Ya Allah, kawal lah gerak laku ku, niatku, andai ia benar padamu.. ka bantu lah aku Ya Allah. Aku Tak Berdaya untuk menanggung siksa nerakamu Ya Allah, Ya Neraka itu pasti tetapi ia alam ghaib yang patut diimani kerana ia adalah satu Rukun Iman... tapi apakah tandanya? aku mempercayai neraka itu ada jika aku masih ada sifat2 yang tak wajar atau ada perilaku ku yang menyalahi kesukaanmu Ya Allah..
Wahai Allah Aku juga tak layak sebenarnya untuk syurgamu ya Allah hanya redhamu Ya Allah .. atas kasih sayangmu untuk aku masuk kesyurgamu...
Wahai Allah mengapa aku merasakan seolah2 aku jatuh hati pada makhluk ciptaanmu akhir2 ini :-), tidak ku pinta dia menjadi seperti apa yang aku cintakan Ya Allah, dia juga manusia.. Aku cuma, aku cuma harap dia bahagia.. dia gembira.. dia dapat menjadi seorang yang mencari kecintaanmu Ya Allah.. bukan menjadi seperti yang aku impikan.. bukan kerana aku.. tetapi Keranamu Ya Allah.. aku tak mampu ... kau lindungi lah hatiku andai aku tak ditakdirkan untuknya, andai dia tahu... ya seandainya dia tahu.. aku mula jatuh hati sebenarnya..
Ampun Ya Allah.. :-)
Jiwa Belum Mati
Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.
Wednesday, November 10, 2010
Give Me the Strength
Tuesday, November 09, 2010
Terima Kasih Ya Rabb
Friday, November 05, 2010
harus bagaimana
tidak mungkin keliru
cuma mungkin ia meresahkan
atas dasar apa ia hadir
menidakkan atau berpura
aku letih
letih memikirkan
letih cuba memenuhi keinginan
tidak atas dasar paksaan
ia membawa gembira
juga membawa gelisah
bersederhana sahaja
asal dia selesa
asal aku mampu tersenyum
mungkin satu hari
satu waktu nanti
tiada siapa yang tahu
ketentuan mu wahai pencipta
pencipta seluruh jiwa
segalanya atas kuasamu
yang aku mahu
dia tersenyum
selagi aku mampu
membuat dia tersenyum