Friday, November 19, 2010

FASIK KAH KITA

Fasik.
Orang fasik adalah orang Mukmin atau orang Muslim yang secara sedar melanggar ajaran Allah (Islam) atau dengan kata lain org tersebut percaya akan adanya Allah, percaya akan kebenaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW tetapi dalam tindak perbuatannya mereka mengingkari terhadap Allah dan hukumNya, selalu berbuat kerosakan dan kemaksiatan.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Orang Fasik adalah orang yang melanggar perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerosakan dimuka bumi. Mereka itulah orang yang rugi” (Surah Al Baqarah ayat 27)

“Allah telah berjanji kepada orang yang beriman diantara kamu serta mengerjakan amal soleh, bahawa ia (Allah) akan menjadikan mereka khalifah dimuka bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang yang sebelum mereka menjadi khalifah. Dan Ia menggantikan (keadaan ) mereka sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa (selama) mereka tetap menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang kafir sesudah janji itu, maka mereka itulah orang yang fasik”
(Surah An Nur ayat 55)

“Dan jika Aku (Allah) hendak membinasakan suatu negeri, maka Aku perintahkan kepada orang yang hidup mewah dinegeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan (fasik) dalam negeri itu, maka sepantasnya berlaku terhadap mereka (ketentuan-Ku) kemudian Aku hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya”
(Surah Al Isra' ayat 16)

Balasan orang Fasik
Orang Islam yang berbuat fasik, berbuat kerosakan, kejahatan dan maksiat dimuka bumi ini, maka Allah menyediakan seksa Neraka yang pedih.

merujuk dari : http://abubasyer.blogspot.com/2010/04/ciri-ciri-seorang-muslim-muttaqin-fasik.html

berdasarkan dari tajuk di atas aku hanya ingin membawa fikir pada diri sendiri paling2 juga kepada diri kita semua yang berpijak dibumi Allah. Rasa takut ada masanya masuk ke ruang jiwa bila merasakan jiwa penuh dosa penuh kederhakaan pada Allah.
Ada masanya kita menyedari melakukan keingkaran pada Allah dan terdetik dalam fikiran dan hati, aku berdosa pada saat ini.. Aku sedang melakukan apa yang Allah larang tetapi tingkah laku itu tetap dilakukan kerana, kerana apakah? adakah saat itu kerana perngaruh syaitan? kerana pengaruh nafsu? ataupun adakah itu kefasikan? hmm.. kita menyedari dan mengetahui saat itu bila terdetik akan rasa berdosa tetapi terusan melakukan keingkaran, sangat bahaya tahap iman.. Mohon ampun Ya Allah pada saat2 yang aku rasakan adanya fasik dalam diri ini.

Beralih kepada siaran radio IKIM.FM yang aku dengari berkaitan rancangan penjagaan mata mungkin. Ada seorang doktor wanita ini memunyai fikrah yang Alhamdulillah antara yang sempat aku dengar ialah berkenaan aurat. Apa yang beliau nyatakan dari hati wanitanya ialah beliau menyatakan bahawa kalau tak silap wanita-wanita yang islam diluar sana yang tidak menutup aurat adalah tidak menghargai diri mereka. Andai ada wanita-wanita yang terasa dengan pernyataan ini jangan marah ok. Kita cuba bermuhasabah dengan apa yang benar apa yang hak apa yang telah Allah perintahkan. Antara lain beliau menyatakan apabila perempuan menutup aurat wanita sebenarnya telah berusaha melindungi diri mereka dari pandangan mata laki-laki yang jahat diluar sana. Mungkin wanita yang berfikiran pendek atau yang cuba mempertahankan kehendak mereka berdasarkan akal akan menyatakan bahawa "dah nama lelaki gatal, tutup aurat ke apa ke sama juga" ada yang berfikiran begini.

Apapun ada hadis nabi yang menyatakan bahawa sebesar-besar fitnah bagi kaum lelaki pada akhir zaman adalah berpunca dari wanita. Aku tidak pernah membenci wanita, tetapi cukup sukar untuk meletakkan dimana sewajarnya tahap iman apabila berhadapan dengan wanita-wanita ini. Tidak semesetinya wanita yang menutup aurat itu baik, dan yang tidak menutup aurat itu jahat. Apa yang penting berpokok pangkalnya hati. Apa yang kita lakukan kerana Allah, seorang yang baik tetapi tidak menutup aurat, kepada siapa kita sewajarnya menjadi baik? buka nsemata kerana manusia kita berpijak dibumi Allah dan sewajarnya kita patuh kerana kita hanya hamba. Aku tidak pandai mengukir kata, aku juga hanya insan biasa yang cuba keluar dari kemunafikan, kefasikan dan juga menjauhi sifat2 mazmumah yang ada dalam diri.

Hanya Keampunan dan doa ko pohon darimu Ya Allah atas segala kelemahan diri ini.

No comments: