Thursday, September 21, 2006

assalamualaikum... hari khamis bersamaan dengan 21 haribulan september. Aku menulis selepas beberapa lama aku tak menulis. Mengimbau hari-hari yang yang lepas, masuk hari ni... dah 6 hari motosikal kat bengkel. enjin dia rosak, ujian betul.. sebelum ni dah rosak dah guna duit... kirekan banyak gak.. lepas tu haritu sebelum solat jumaat, tiba2 enjin mati tengah jalan tak hidup... dan perkiraan jumlah akan di bayar tinggi gak.. bayar deposit ambil duit akaun ASW.. dia kata dalam 2 minggu lah kot.. dia nak cari enjin spare part lagi...sebab rosak teruk. ujian... takde motosikal ni, pergi kerja pun awal sesangat.. :) Allah nak ajar aku datang awal lah ni kot? minta2 kalau lepas motosikal elok insyaAllah nanti.. aku pun dapat lah istiqamah datang awal.. awal 1/2 jam ke.. pun elok juga.. sementara takde motosikal ni.. pergi kelas terus dari ofis la.. bawa baju untuk salin sekali, sebab tak biasa sangat keluar baju tuck in(smart2 ni) hmm...

haritu.. dengan kawan, dia ajak pergi beli aiskrim mcdonald.. aku dah le jenis segan2 sket, kalau lah sorang2 memang aku tak beli.. siap macam blur2 masa beli aiskrim.. yang tukang serve tu pun layan gelak je bila aku cakap aku tak biasa makan aiskrim tengah khalayak ramai. dia kata habis tu selama ni menyorok ek makan? yang aku maksudkan,, nak jilat2 tengah ramai sambil jalan...sambil macam baham aiskrim tu.. korang semua mesti tau mcaman lagak orang makan aiskrim sambil jalan kan? aku makan sambil belindung2 sket belakang kawan aku.. sambil buat gaya2 macam tak de bende ... heee... betul tak biasa la... macam aku rasa makan asikrim sambil jalan, jilat lebih kurang = konon manja... yekkkkkkkk... tak sanggup.. tak tau la lainkali aku nak makan tak.. tapi sedap lak tu.. kalau dok makan kat meja aku rasa leh la kot..
apa pun dalam islam tak digalakkan makan sambil berjalan dan berdiri kan?

semalam.. naik bas, semalam juga waktu malam aku takde kelas sebab kelas cancel dan aku berjalan2 saja.. balik bas berasap tayar.. berhenti dah dekat2 nak sampai rumah ganti bas lain..
kesimpulannya takde apa yang nak diketengahkan, hanya berkata-kata dengan hati yang sepi.. :)

No comments: