Wednesday, September 06, 2006

Suatu tika dulu... darinya =)


Assalamualaikum wbt..

Awak..saya ade jumpa lirik lagu kumpulan mawaddah (if i’m not wrong)…lagu nye pulak saya belum dapat lagi..nanti la kut dapat saya bagi awak. Amik yer..lirik ni..ikhlas dari saya…

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Inilah dia Allah

Tuhan adalah Zat y
g Maha Agung
WujudNya tiada mula dan sudanya
Kerana i
a bukan kejadian
Tiada siapa yang menjadikan

Kuasa Nya Mha Hebat tiada btasannya
KehendakNya terjadi bila ia berkata
Jadilah terus terjadilah
Tiada siapa dapat menghalang

Ia tiada bertempat
Kerana tempat dia yang menjadikan
Dia memberi tiada mengambil manfaat

Ia sudah sempurna
Tiada mengambil ruang
Kerana ruang itu ciptaanNya
Dia disembah atau tidak
Tiada berkurang tiada bertambah

Kalau bertambah ertinya dia berkurang
Dia tetap dengan kesempurnaanNya
Maha Suci ia dari kekurangan
Ia sediakala

Tiada didahului oleh tiada
ZatNya tidak dapat difikirkan
Bagaimana pun di bayangkan
Itu semua mainan syaitan...

Lirik + lagu : mawaddah
Album : sayangi Tuhan (mawaddah puteri)

-------------------------------------------------------

Terima kasih Tuhan

Terima kasih wahai TuhanKu
Yang sentiasa melimpahkan rahmatNya
Membenarkan aku menghadapMu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan maha Penyanyang

Untuk bercakap denganMu Tuhan
Mengizinkan kuminta padaMu
Memuja memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat padaMu ya Rabbi

Tapi aku khuatir ketika mengadapMu
Tidak pula pandai beradap denganMu
Aku mula bimbang kalau aku derhaka
Dalam ketaatan bukan rahmar dariMu yg ku dapat
Tapi kukan dapat kemarahanMu
Ya rabbal alamin
Maafkanlah aku . . .

Album : Sayangi Tuhan
Seni lagu + lirik : Mawaddah puteri

---------------------------------------------------------

BILA TUHAN TAK DITAKUTI

Bila Tuhan tak ditakuti
Macam-macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan hala hidupnya sendiri
Maka rosaklah disana sini

Ada manusia puja alam sebagai Tuhan
Mabuk dengan gelombang laut yang menggulung
Digambarkan dengan kata sastera mempesona
Mereka tenggelam dalam gelombang sasteranya
Ia leka sendiri dengan buah penanya
Bagai orang tenggelam dalam lautan menggulung
Tidak tahu tujuan kemana mahu pergi

Ada juga yang sibuk bercakap dengan emosinya sekali
Mengelilingi seluruh negeri
Kadang-kadang berbohong sesuka hati
Berkata tidak mengota
Mengecam orang tak usah dikira
Sudah jadi makan minumnya

Ada golongan sibuk dengan kesalahan orang
Seolah-olah mereka wira agama
Konon hendak membersihkan agama dari noda
Yang sebenarnya berlakon di depan manusia
Bukan hidup realitinya

Mereka lupa diri sendiri
Mereka sendiri buat dosa
Membeli kereta dan rumah terlibat dengan riba
Anak-anak dan juga isteri terdedah aurat setiap hari
Perbualan setiap hari tentang kenaikan gaji dan juga pangkat
Hidup sendiri nafsi-nafsi
Kecuali ada urusan rasmi
Yang ada kaitan dengan gaji2x

Bakhilnya amat ketara sekali
Mereka lupa semua itu adalah
Kesesatan dalam beragama2x
Yang punya kuasa berbangga dengan kuasanya
Menggertak manusia setiap hari
Akta-akta dibuat untuk selamatkan diri mereka
Membantu orang bukan dari hatinya sendiri
Jasa-jasa disebut berulang-ulang kali2x
Menceritakan jasa kepada manusia
Maka hilanglah pahalanya
Menipu diri tak disedari2x

Tak kurang juga ada dikalangan manusia
Setiap hari memikirkan hendak menghiburkan manusia
Berbagai cara dan gaya dipertunjukkan
Rupanya jiwa mereka sendiri tak terhibur
jiwa mereka derita
Tak kurang juga yang bunuh diri

********************************

*saya gerun dgn lirik BILA TUHAN TAK DITAKUTI..Moga2 kita dijauhkan dr hasutan syaitan..ameen

nak dekat puasa kan?? bulan ni.. andai ada rezki samalah2 kita semua bertemu dengan bulan ramadhannnn............insyaAllah


No comments: