Wednesday, November 24, 2010
lawan tetap lawan
Friday, November 19, 2010
FASIK KAH KITA
Orang fasik adalah orang Mukmin atau orang Muslim yang secara sedar melanggar ajaran Allah (Islam) atau dengan kata lain org tersebut percaya akan adanya Allah, percaya akan kebenaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW tetapi dalam tindak perbuatannya mereka mengingkari terhadap Allah dan hukumNya, selalu berbuat kerosakan dan kemaksiatan.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Orang Fasik adalah orang yang melanggar perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerosakan dimuka bumi. Mereka itulah orang yang rugi” (Surah Al Baqarah ayat 27)
“Allah telah berjanji kepada orang yang beriman diantara kamu serta mengerjakan amal soleh, bahawa ia (Allah) akan menjadikan mereka khalifah dimuka bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang yang sebelum mereka menjadi khalifah. Dan Ia menggantikan (keadaan ) mereka sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa (selama) mereka tetap menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang kafir sesudah janji itu, maka mereka itulah orang yang fasik”
(Surah An Nur ayat 55)
“Dan jika Aku (Allah) hendak membinasakan suatu negeri, maka Aku perintahkan kepada orang yang hidup mewah dinegeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan (fasik) dalam negeri itu, maka sepantasnya berlaku terhadap mereka (ketentuan-Ku) kemudian Aku hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya”
(Surah Al Isra' ayat 16)
Balasan orang Fasik
Orang Islam yang berbuat fasik, berbuat kerosakan, kejahatan dan maksiat dimuka bumi ini, maka Allah menyediakan seksa Neraka yang pedih.
merujuk dari : http://abubasyer.blogspot.com/2010/04/ciri-ciri-seorang-muslim-muttaqin-fasik.html
berdasarkan dari tajuk di atas aku hanya ingin membawa fikir pada diri sendiri paling2 juga kepada diri kita semua yang berpijak dibumi Allah. Rasa takut ada masanya masuk ke ruang jiwa bila merasakan jiwa penuh dosa penuh kederhakaan pada Allah.
Ada masanya kita menyedari melakukan keingkaran pada Allah dan terdetik dalam fikiran dan hati, aku berdosa pada saat ini.. Aku sedang melakukan apa yang Allah larang tetapi tingkah laku itu tetap dilakukan kerana, kerana apakah? adakah saat itu kerana perngaruh syaitan? kerana pengaruh nafsu? ataupun adakah itu kefasikan? hmm.. kita menyedari dan mengetahui saat itu bila terdetik akan rasa berdosa tetapi terusan melakukan keingkaran, sangat bahaya tahap iman.. Mohon ampun Ya Allah pada saat2 yang aku rasakan adanya fasik dalam diri ini.
Beralih kepada siaran radio IKIM.FM yang aku dengari berkaitan rancangan penjagaan mata mungkin. Ada seorang doktor wanita ini memunyai fikrah yang Alhamdulillah antara yang sempat aku dengar ialah berkenaan aurat. Apa yang beliau nyatakan dari hati wanitanya ialah beliau menyatakan bahawa kalau tak silap wanita-wanita yang islam diluar sana yang tidak menutup aurat adalah tidak menghargai diri mereka. Andai ada wanita-wanita yang terasa dengan pernyataan ini jangan marah ok. Kita cuba bermuhasabah dengan apa yang benar apa yang hak apa yang telah Allah perintahkan. Antara lain beliau menyatakan apabila perempuan menutup aurat wanita sebenarnya telah berusaha melindungi diri mereka dari pandangan mata laki-laki yang jahat diluar sana. Mungkin wanita yang berfikiran pendek atau yang cuba mempertahankan kehendak mereka berdasarkan akal akan menyatakan bahawa "dah nama lelaki gatal, tutup aurat ke apa ke sama juga" ada yang berfikiran begini.
Apapun ada hadis nabi yang menyatakan bahawa sebesar-besar fitnah bagi kaum lelaki pada akhir zaman adalah berpunca dari wanita. Aku tidak pernah membenci wanita, tetapi cukup sukar untuk meletakkan dimana sewajarnya tahap iman apabila berhadapan dengan wanita-wanita ini. Tidak semesetinya wanita yang menutup aurat itu baik, dan yang tidak menutup aurat itu jahat. Apa yang penting berpokok pangkalnya hati. Apa yang kita lakukan kerana Allah, seorang yang baik tetapi tidak menutup aurat, kepada siapa kita sewajarnya menjadi baik? buka nsemata kerana manusia kita berpijak dibumi Allah dan sewajarnya kita patuh kerana kita hanya hamba. Aku tidak pandai mengukir kata, aku juga hanya insan biasa yang cuba keluar dari kemunafikan, kefasikan dan juga menjauhi sifat2 mazmumah yang ada dalam diri.
Hanya Keampunan dan doa ko pohon darimu Ya Allah atas segala kelemahan diri ini.
Thursday, November 18, 2010
Saat Lafaz Sakinah
Wednesday, November 17, 2010
Orang yang berintegriti
Aku Tak Mampu Begitu
Pulangku
Friday, November 12, 2010
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Mahasuci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidakmenyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Semalam aku mendengar secara tak langsung rancangan Tanya Ustaz di TV ketika aku menghadap internet seperti ini. dengan Tajuk yang cuba dikupas (Mungkir Janji)
apa yang aku dengar dan apa yang aku fahami berdasarkan dari doa iftitah yang kita baca di dalam solat..kita telah berjanji di dalam apa yang kita sebutkan di dalam solat..orang yang mungkir janji tergolong dalam golongan orang munafik dan tempat orang munafik yang aku dengar adalah dalam neraka, sangat menginsafkan.. sejenak.
Solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah.. untuk itu kita perlu memahami setiap ucapan yang kita sebut di dalam solat.. setiap kali solat.. insyaAllah aku terdetik pada lafaz "inna solati , wanusuki, wamahyaya, wamamati, lillahirabbil alamin" semua yang aku lakukan sebenarnya untuk Allah..
aku banyak memungkiri janji pada Allah rupanya.. memang ku sedar, apa yang aku lakukan walaupun atas fitrah kehendak aku sebagai manusia. hanya satu sandaran sebenarnya semuanya berbalik pada Allah, aku perlu lakukan apa pun berdasarkan kesukaan Allah, namun aku manusia tak lepas dari godaan syaitan dan juga pujuk rayu nafsu.
Aku juga masih mempunyai fikiran dan akal yang waras selagi Allah masih menyayangi aku untuk membezakan samada wajar atau tidak apapun tindakan yang aku lakukan. Tapi ada masa aku keliru aku mohon maaf dan ampun Ya Allah sebab kadang2 aku bertindak atau ada perbuatan ku yang aku tak dapat tafsirkan samada ia benar padamu atau salah padamu, engkau lebih mengetahui Ya Allah, hanya kepadamu sewajarnya aku memohon Ya Allah.. aku serahkan apa yang aku tak mampu padamu Ya Allah, kawal lah gerak laku ku, niatku, andai ia benar padamu.. ka bantu lah aku Ya Allah. Aku Tak Berdaya untuk menanggung siksa nerakamu Ya Allah, Ya Neraka itu pasti tetapi ia alam ghaib yang patut diimani kerana ia adalah satu Rukun Iman... tapi apakah tandanya? aku mempercayai neraka itu ada jika aku masih ada sifat2 yang tak wajar atau ada perilaku ku yang menyalahi kesukaanmu Ya Allah..
Wahai Allah Aku juga tak layak sebenarnya untuk syurgamu ya Allah hanya redhamu Ya Allah .. atas kasih sayangmu untuk aku masuk kesyurgamu...
Wahai Allah mengapa aku merasakan seolah2 aku jatuh hati pada makhluk ciptaanmu akhir2 ini :-), tidak ku pinta dia menjadi seperti apa yang aku cintakan Ya Allah, dia juga manusia.. Aku cuma, aku cuma harap dia bahagia.. dia gembira.. dia dapat menjadi seorang yang mencari kecintaanmu Ya Allah.. bukan menjadi seperti yang aku impikan.. bukan kerana aku.. tetapi Keranamu Ya Allah.. aku tak mampu ... kau lindungi lah hatiku andai aku tak ditakdirkan untuknya, andai dia tahu... ya seandainya dia tahu.. aku mula jatuh hati sebenarnya..
Ampun Ya Allah.. :-)
Jiwa Belum Mati
Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.
Wednesday, November 10, 2010
Give Me the Strength
Tuesday, November 09, 2010
Terima Kasih Ya Rabb
Friday, November 05, 2010
harus bagaimana
tidak mungkin keliru
cuma mungkin ia meresahkan
atas dasar apa ia hadir
menidakkan atau berpura
aku letih
letih memikirkan
letih cuba memenuhi keinginan
tidak atas dasar paksaan
ia membawa gembira
juga membawa gelisah
bersederhana sahaja
asal dia selesa
asal aku mampu tersenyum
mungkin satu hari
satu waktu nanti
tiada siapa yang tahu
ketentuan mu wahai pencipta
pencipta seluruh jiwa
segalanya atas kuasamu
yang aku mahu
dia tersenyum
selagi aku mampu
membuat dia tersenyum
Sunday, October 24, 2010
Aku Sayang Wanita
coretan di bawah diambil dari sebuah blog yang penulisnya wanita..khusus untuk wanita.
to be continued... lupa dimana catatan beliau... later will be post insyaAllah
Mari mencuba pakaian syurga!ayuh
dipetik dari http://nuraisyaz.blogspot.com/2010/08/mari-mencuba-pakaian-syurgaayuh.htmlAcapkali sewaktu saya bersiar-siar di KLCC,MID VALLEY,TIMES SQUARE dan seribu satu pasaraya lagi,hampir setiap kali saya berjumpa dengan remaja melayu yang tidak ada langsung ciri-ciri melayu.Dari hujung rambut sampai hujung kaki,sekali pandang persis macam minah dan mat salleh.Rambutnya sudah berwarna-warni,di dandan pula dengan mekap besertaa aksesori,ditambah pula dengan skirt dan pakai singkat-singkat,memang serupa dengan orang kulit putih,cuma kulit mereka sahaja masih melayu.Kenapa ya?Kalau adapun remaja melayu,jiwa dan pakaian mereka membuatkan seolah-olah saya berada di pasaraya ternama di New York,seolah-olah saya sedang membeli-belah di Hong Kong.Hebat bukan?
Lihatlah saudaraku,Islam kembali asing di akhir zaman ini dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Kita sendiri yang merasa ganjil dan pelik tatkala melihat orang Islam yang iltizam dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang normal dengan mereka.
Dan begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.
Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah(saw) bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api". H.R. Tirmizi
Alah,lecehnya islam.
Saturday, October 23, 2010
Bersederhana
cebisan dari tajuk BERTUNANG yang saya petik sedikit untuk dikaitkan dengan besederhana..
* Antara hikmah bertunang ialah untuk saling belajar mengenal, insan baru yang bakal menjadi teman seumur hidup, tetapi proses kenal-mengenal itu masih dalam keadaan kedua-duanya adalah pasangan yang belum ada ikatan yang menghalalkan pergaulan. Maka bijak-bijaklah dalam mengatur.
telefon, email, SMS...Tanya Khabar.
Cuma bersederhanalah.
Bila hati rasa tidak kena, semacam agak berlebihan dan tersasar daripada maksud-maksud yang maaruf, belajar tekan brek dan kawal stering. Itu sahaja.
Terutamanya ketika menjelang perkahwinan. Banyak perkara yang harus dibincangkan. Maka berbincanglah...dan kemaskan sistem kawalan diri.
Berbincang tentang syariatullah, berbincang tentang sunatullah. * mukasurat 50
Banyak perkara sebenarnya yang kita perlu besederhana dalam hidup, macam dalam tutur kata kita juga kita perlu kaji sebelum mengeluarkan kata-kata apakah akibat kata-kata itu apabila ia terbit dari mulut kita. Jika dalam hal agama kita ingin mempertahankan tuntutan agama pun yang perlu adalah secara berhikmah dan kita juga kena berilmu.. agama tidak boleh ditafsirkan dengan akal dan kepentingan, apapun banyak lagi yang perlu dikaji dalam kehidupan seharian saya sendiri.
Aku? adakah aku mengamalkan yang aku tahu? aku inginkan hidayah Allah dalam diri aku supaya aku dapat mengamalkan agama dengan ikhlas supaya aku menjadi lebih bertakwa.
petikan di atas adakah berkait dengan kehidupan ku tidak seratus peratus kerana aku masih belum ditemukan sepenuhnya dengan seseorang tetapi aku sekadar ingin bersederhana dengan sesuatu yang Allah terbitkan dalam hatiku, aku pernah jatuh dan bangun dalam konteks mencari seseorang untuk bersama-sama menemani dalam satu fikir, kehidupan dunia dan akhirat yang selari. Adakala aku lemas untuk berfikir ke arah itu, tapi fitrah manusia.
Assalammualaikum untuk semua
Friday, October 22, 2010
Memilih untuk hidup beragama
bertemu lagi insyaAllah
jiwa lama dan baru
sekarang jiwa itu perlu baru.
diperbaharui dari hari ke hari.
agar ia tidak kotor.
dan juga berdebu..
menjelma lah jiwa yang baru...
Wednesday, October 13, 2010
lama sudah tak jenguk
ohh i have this blog before.. masih aktif rupanya... ingat kan dah tak ada.. hmm... iman itu turun naik... mengapa harus berbolak balik jika di jalan yang benar? hmmm