Thursday, August 31, 2006
Pendiam+Pemalu+suka senyum+penyendiri??
pemalu???dulu memang aku akui aku sedar.. memang aku pemalu sampai aku sendiri rasa sesak dan lemas dengan sifat pemalu aku.. bila nampak perempuan je.. aku seram, kini?? aku pemalu lagi?? insyaAllah... jika tanpa adanya tipu daya syaitan yang cuba menyesatkan aku.. aku masih pemalu, dan jika aku menyendiri lama dari sesuatu dan apa jua.. dan sekiranya aku muhasabah diri ini, aku menyepi mencari ketenangan dan rahmat Allah... aku akan kembali memiliki sifat-sifat di atas..
Ramai orang kata aku suka senyum.. ye ke? apapun aku selalunya cuba berhati-hati pada situasi dunia akhir zaman sekarang ni.. aku tidak terlalu menjaja senyuman aku pada wanita-wanita cantik..sebab aku tidak mahu di anggap cuba memikat, atau disalah ertikan, hanya yang aku mampu.. aku berikan straight face jika aku rasa perempuan itu macam akan membahayakan iman aku... kalau perempuan itu memberikan senyuman dulu, insyaAllah aku akan membalas senyuman itu sekadarnya..
Penyendiri? ya.. aku banyak menyendiri, menyepi, mungkin ada baiknya.. dengan situasi dunia sekarang.. jika aku keluar mencari hiburan dunia.. jalan2 tengah ramai pun jiwa aku rasa lemas... aku tak tahu kenapa..aku tak salahkan perempuan, cuma aku memang lemas kalau jalan-jalan di luar dengan adanya perempuan yang tidak sedar... akan akhir zaman ini mereka menjadi punca fitnah yang besar bagi kaum2 adam seperti aku.. bukan semua perempuan, tapi aku takut... apapun.. aku adalah golongan adam aku juga sepi, aku sepi.. jauh dalam hati aku, Allah jua yang mengetahui jiwa seorang lelaki seperti aku..
"kepada insan2 janganlah dikasihani aku kerana dunia ini, dekatilah aku kerana kasih sayang Allah jua" itu saja pintaku...
aku ingin kembali mempunyai sebuah jiwa yang luhur...
Ya Allah... berilah aku belas kasihmu dimana jika aku kesepian...Amiiin Ya Rabb..
hatiku+hatimu inginkan merdekanya jiwa+rohani =)
tak banyak sangat nak cerita.. cuma nak cerita kisah kat bank jelah..
Macam biasa nak bank in duit dan as usual... ada lah staff bank kat kaunter bawah, dan ada akak tu... memang dah biasa usik aku...hih... dia cakap "sengih je kalau datang.."
aku pun simpul2 lah lagi tercenyum.. hahahak..yang sebelah dia tu.. lom kawen kot.. freehair kadang2 pandai gak mengusik tu.. cehh... ehehehe...
"orang mana nak tau, awak nak apa kalau senyum je" akak tu kata lagi, aku cakap..
"nak bank in" padahal aku tak jawap pun dia tau aku nak naik tingkat atas, layankan ajelah...
naik2 atas je...tengok no giliran aku terus dah kena..pergi kaunter, alamak.... staff yang aku pernah admire dulu... apa nak buat.. aku pandang sipi.. means.. korang faham ke pandangan sipi? kirakan aku pandang dalam erti kata.. sekadar bayangan pada mata.. aku tak lah pandang tepat pada mata dia.. just lalukan pandangan... aku halakan pandangan paras atas kepala dia.. toleh kiri kanan.. pusing tengok kaunter belakang, pandang kasut... lawak betul... agak2 dia tau ke ek.. aku nak larikan pandangan dari dia? hehehe.. dulu2 masa aku maam hati masih berdetak kalau terpandang dia means.. dulu banyak kali bertenang mata degan dia cuma aku je yang selalu larikan pandangan. Bila dah selesai, dia beri slip salinan aku angguk je sambil tak tengok mata dia..
bukan apa, aku pernah terdetik hati cuba mendekati dia dulu secara dia tak sedar... dan dari maklumat dari 2 orang sahabat yang berjaya menelefon handphone dia.. dia ni dah kahwin.. so takkan lah nak ada hati pada isteri orang? so.. pandai2 lah... tepis jarum syaitan, apa pun.. aku masih ada hati... walaupun.. hati ini... maksud aku, bukan pada staff bank tu... cuma... aku faham hati aku...aku takkan tipu hati ini... apapun biarlah aku didik hati ini.. biarlah aku benamkan.. sesuatu yang aku kawal.... yang aku tahan... benar, aku menahan...menahan diri daripada sesuatu.... insyaAllah... panjang umur jumpa lagi... ( occay ) :p
ada lagi nak tulis, dalam edisi edit ni.. heh, kadang2 kan terdetik dalam hati untuk mempunyai rasa bersalah dalam diri setelah kesalahan yang di lakukan..maknanya untuk mejauhi sesuatu yang aku inginkan.."aku buat salah, so aku tak layak untuk kebaikan itu...anugerah itu... sebab aku buat salah" ingat tak kisah orang alim yang rajin beribadah... dan syaitan detikkan dalam hati dia untuk membuat dosa dengan hanya meminum arak? yang mana syaitan tu menyamar menjadi orang alim dan dia beritahu rahsia dia beribadah? harap-harap situasi macam tu tak kan belaku pada aku la... semoga Allah pelihara aku, niat amalan aku hanyalah kerana nya.
Wednesday, August 30, 2006
Jauh di mata dekat di hati
banyak perkara bermain dibenak fikiran aku... menjelang malam, lepas solat maghrib.. aku doa macam biasa.. aku mohon.. dan belas kasih juga redha Allah dan apa jua yang aku buat... aku tak mampu nak ubah apa2 hanya Allah yang boleh , cuma usaha dalam mencapai apa yang aku nak je boleh... udaha, sabar dalam apa jua yang aku rasa .. apa pun aku cuma harap redha Allah...
ada masa aku macam rasa kosong, macam2lah terfikir.. terfikir tentang kasih sayang keluarga..
aku tak pandai nak mesra ngan mak ngan ayah, cuma doa aku jua dalam solat aku.. aku harap aku dapat seseorang yang membahagiakan yang boleh dorong aku untuk mesra ngan family aku... buat family aku rasa senang dan gembira.. suatu hari nanti...
hmm...bagaimanakah agaknya ya kalau aku dapat bertemu empat mata dengan seseorang yang.....
aku tak tahu, adakah ..bilakah akan sampai saat itu.. kalau panjang umur ada rezki aku nak sangat...walaupun sekali... apapun biarlah ada rasa senang, tenang dan manis saat itu...
aku akan tunggu dengan izin Allah jua, kalau lah dia sudi... terbuka hati dia untuk bertemu empat mata dengan aku.. dua hati...dengan rasa kelapangan, dan kalau dia nak bawa orang lain pun takpe.. tapi biarlah sama jantina dengan dia.. kalau sama jantina dengan aku... takut aku rasa lain, aku rasa.. tah la...
bahagia.. aku memang bahagia tanpa adanya sejarah itu...sejarah itu juga membuat aku derita.. aku insyaAllah redha... harap Allah sentiasa ada untuk beri aku kekuatan kalau aku rasa "down". Maaf untuk saat2 hitam dan gelap... aku inginkan sebuah cahaya...
Sabar... insyaAllah...
Monday, August 28, 2006
Terima kasih
pertama-tamanya ucapan terima kasih diucapkan kepada Allah sebab beri aku peluang untuk.. gembirakan hati aku sekejap.. leh la jadi ubat sekejap... =) dan terima kasih juga padanya sebab... sudi bual denganku..macam kata dirinya "apelah sangat" terima kasih... aku really appreciate =) emm..semalam dalam jam 3.00 bertolak gi bandar sebab nak daftar subjek, sampai2 tempat aku belajar.. gi bual ngan kawan kat pintu masuk belakang pastu kawan aku yang kata nak saing pun sampai.. fikir2 nak daftar subjek apa terus naik dan gi tulis borang daftar.. ada la beberapa perempuan yang tah tak berapa nak pandang.. pandang sesekali je la.. sebab kiri, kanan, belakang, depan, atas , bawah mana-mana leh nampak aurat kan... kena la jaga mata.. sebab bahaya pada diri aku sendiri.
Lepas tu gi makan jap .. hari ni aku tak sihat aku selsema, dah banyak kali aku bersin..
lepas gi makan dan jalan2 jap ngan kawan aku dah sorang2, aku window shopping sambil cari baju.. dah lama aku tak beli baju.. aku beli satu kemeja coklat satu lengan panjang ngan t-shirt round neck kaler hitam berilustrasi gambar helikopter jatuhkan apa tah macam piring hitam...
tadi tu kisah semalam.. kisah hari ni lak, pagi aku gi makan ..tapi taklah pagi sangat dok lepak.. lepak sekali aku ternampak satu mamat tu... yang tetiba dulu tu tegur aku.. sebab dia selalu nampak aku.. nak berkawan tah la
pastu tau2 je ingat dia dah gi mana ..sekali dia tepuk aku dok kat meja aku makan.. bual2 lama.. aku layankan je la.. even aku tak berapa senang ngan dia.. dia pastu kata nak tolak hphone dia pada aku... sebab dia kata nak pakai duit.. aku wat2 la berbual cakap aku ni mana la ada duit sangat... lagipun nak wat apa aku pakai hphone lagi? satu dahle.. wat masa ni keperluan satu tu je.. emm.. pastu dia tunjuk satu gambar perempuan.. dia kata ni "ema" dak kelantan.. before tu, dia cakap nak kenal tak ngan sorang pempuan.. pastu aku tengok la jap.. sambil godeh2 hp dia gambar2 ada la aku nampak macam hmm... aku wat2 macam tak reti godeh hp dia.. pastu aku beri kembali..
setelah itu dia order kopi tarik, minum2 dia cakap dia sakit gigi... dia ni kata dia kerja kontrak setau aku.. kalau ada kerja, ada la dia cakap... nak beli ubbat gigi pun dia kata takde duit... pastu lama2 bual dia kata.. nak pakai duit.. dia suruh aku pegang rantai dia.. dia nak pinjam duit.. mula2 dengar aku dengar macam RM50, tapi aku wat2 tak dengar,, pastu aku kelentong cakap la.. aku mana de duit sangat.. gaji pun lom masuk.. bukan aku nak tipu tapi dengan orang2 macam ni... aku takleh la, nak jujur cakap aku ada duit boleh.. tapi kalau orang2 macam ni aku bukan kenal betul.. aku nak pakai gak duit... kadang2 aku terdesak ke... aku cakap la aku ada dalam RM20... RM10 aku nak pakai, aku beri dia RM10... pastu dia suruh aku pegang rantai dia... ada duit dia bayar balik, dia kata isnin... aku cakap takdehal ..
pastu aku malas nak dok lama2 cakap aku ada hal.. pastu aku terus jalan.... gi pasaraya survey seluar panjang... beli la satu
ni kisah malam lak... malam2 takde la kerja.. gi pasar cari makanan.. engan tak sihatnye ni.. beli kentang goreng dan nasi lemak dengan air kelapa... pasar ni.. hmmm.. ramai perempuan.. aku berjalan sendiri dengan gaya macam muke serius, jalan laju... macam takde apa berlaku... pastu gi belek jeans... beli la satu... LEVIS yang tak original.... saiz 28 hehehe... RM50 pattern terkini sket, aku kurus sangat skang.. dah 41 kg... canerrr nih...
aku balik umah.. basuh seluar2 yang aku beli.. dan naanti2 kena portong sket seluar tu panjang sangat...dan dulu masa aku terlibat dengan aktiviti " keluar" aku ada dapat doa untuk tengok perempuan means.. dalam maksud dia lebih kurang jauhi dari fitnah wanita... boleh la sebagai usaha nak jaga iman kot diamalkan kalau keluar keluar kat kawasan perempuan ramai.
bunyi dia dalam eja rumi macam ni lah kot "Allahumma inni a'uzubika min fitnnatinnisa, wa'azabika minal kubri"
jumpa lagi semua................. wassalam
Sunday, August 27, 2006
Mandi Wajib.... (Satu ilmu)
Mandi wajib mrupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yg tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yg betul,seseorag itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bg mbolehkan seseorang itu meratakan air keseluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Keamjuan Islam Malaysia
(JAKIM), Uztaz Hj MAt Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun,
berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama islam gombak timur dan penceramah, didapati banyak umat islam yang tidak mengetahui perkara ini. "Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir. Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yg dilakukan oleh ssorg itu juga turut tidak sah. Itu lah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di taman sri keramat kuala Lumpur.
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorag itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3.
Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga,meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir.
"Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala."
Atau
" Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."
Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
"Bagi perempuan yg habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku menggangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas ia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah." Jelasnya lagi.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut uztaz hj mat jais, menurut imam nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
"Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. "jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajib la dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajibla dibasuh.
"Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Saturday, August 26, 2006
single but available
mmm.. kalaulah Allah beri aku peluang untuk membahagiakannya satu hari nanti... alangkah bahagianya hidup aku... adakah pintu hatinya akan terbuka untuk ukhwah kembali denganku??
apapun aku hanya mampu mendekatinya dalam kelajuan mungkin 40km/j @ 60km/j dan kalau aku rasa hari2 penting.. maybe dalam 80km/j tapi aku tak boleh nak mendekatinya dengan 110km/j sebab bila teraccident.. aku takut melukakannya lagi.... aku taknak melukakan dia lagi... bila mana aku melukakan dia.. aku sendiri akan cedera parah... aku akan survive menjalani hidup aku tanpa aku dapat share kegembiraan dengan dia.. takpe.. aku beri dia masa.. dia yang membahagiakan... tadi aku baring2 bila aku baca single but available.. aku rasa macam luruh sket jiwa aku.. so aku baring atas lantai tikar maslino.. klik winamp,playlist lagu2 islam.. sekali 1st lagu RINDU dari hijjaz... emmm... macam tau2 aje...
Friday, August 25, 2006
tiada topik, hanya menulis :)
tadi lepas solat maghrib aku mengaji, pastu aku tidur.. sebab aku kadang2 nak tenangkan fikiran aku tidur aje.. bangun2 terjaga dekat jam 11 terus solat isyak.. masa terhjaga tu rasa macam tenang je. terima kasih Allah.. terima kasih sebab beri aku perasaan tenang walaupun hari2 aku lalui aku macam kadang2 tertekan, stress, aku taklah jenis marah2 kalau stress.. cuma aku banyak diamkan diri, cuba berzikir..
Masa solat isyak, antara apa yang aku doa... aku minta Allah tolong aku dalam urusan harian aku.. minta aku temukan dokumen yang aku tak jumpa.. puasa aku cari mana lah agaknye.. aku dah takde idea dah.. tu pun asbab aku stress tu.. ada dokumen nak hantar.. dan ada dokumen berkaitan aku tak jumpa, puas aku cari... satu hari kerja dok cari dokumen tu tak pun jumpa.. aku seingatnye dokumen tu memang ada sekitar meja aku kerja.. tapi dah puas cari tak pun jumpa...
kerja seharian aku tak dapat nak concentrate sangat kalau hari ak cuti, means.. kalau aku wat kerja ada je benda2 lain datang.. orang awamnye lah, budak2 nak fotostat lah.. sorang2 datang, cikgunye lah.. itu lah inilah.. aku ni kalau ikutkan marah.. susah lah nak nampak sebab aku biasa kalau rasa macam nak stress aku pandai2 coolkan diri...
12:56 adik offline :) mungkin sebab aku dengar pintu "kreokkk" aku jeling sket... aku senyum jap. aku rindu kat adik tapi takpe, aku bagi peluang adik dan hadiahkan adik masa untuk menyendiri.. mungkin adik dah ada teman baru, aku pun tak tau.. apapun aku harap pintu hati adik tak tutup untuk ukhwah dengan aku... aku gembira dan bahagia ngan adik.
ingat2 balik masa kat kampung... nenek aku tanya masa aku nak minum air.. masa tu ada mak aku kat tepi2, ada sapa tah lagi kat area tv kat dapur.. nenek aku tanya dah berapa lama kerja? aku malas nak jawap, aku diam je.. sebab aku kat kampung sebab akak aku kahwin dan nenek aku nak menion pasal kahwin.. pastu dia kata taknak kahwin ke? takde menyimpan susah. Aku nak la kahwin sebab sunnah nabi.. tapi aku nak kahwin dengan seorang gadis yang membahagiakan yang boleh jadi kawan, teman, sahabat, isteri dan buat aku gembira. Aku tak suka sangat bincang2 pasal kahwin sebab, bila mana aku fikir ada perasaan kasih dan sayang dalam hati aku.. kadang2 aku macam sedih.. aku masih tak mampu miliki sebuah hati.. apapun aku usaha ke arah itu.. walaupun aku sayang, aku cuba bataskan dan besederhana..
kalau nak ikutkan nafsu ke apa ke terlalu mengagungkan cinta atau terlalu mengharap cinta aku dah pernah rasa kesakitan dan tewas... dan membuat aku tumbang mengharungi perasaan... dan buat aku jatuh bangun dalam mengahadapi perasaan aku di dalam kesepian, di dalam rindu...
sekarang, aku pun ada rasa sayang, kasih rindu... cuma ada sedikit perbezaan.. walaupun ada persamaan... aku tak taulah apa sebenarnya.. yang aku rasa. Cuma, cuma.. aku harap Allah dapat buat aku tenang dalam ujian perasaan.. sebab kalau aku sepi aku keseorangan dan bilamana aku macam perlukan seseorang ambil tau dan caring pasal aku... dan aku takde sesiapa kadang2 syaitan bisik2 nak rosakkan aku sebagai waris2 adam umat akhir zaman ni..
"Tidak akan beriman seseorang itu sekiranya dia tidak diuji" apalah sangat ujian macam ni kalau aku tak tabah... cuma aku harap iman aku akan sentiasa kuat di dalam ujian Allah..
cinta... kalau rindu? aku seram kalau rindu datang kat aku... rasa macam blur2, pastu nak berjalan pun macam mat gian.. ekekekke... tak dapat tidak, aku baring jelah atas tilam pejam mata... mengerekot macam udang... erkk.. menikam2 rasa rindu dalam benak... takpe aku ok
Thursday, August 24, 2006
waktu solat mengikut kawasan pada blog anda..
JAKIM >> e-Solat :: Aplikasi e-Solat PERCUMA untuk laman web anda
Jumlah(Total) : 35 Lokasi |
Bil | Negeri | Lokasi | Kod |
1 | JOHOR | Pulau Aur dan Pemanggil | jhr01 |
2 | JOHOR | Kota Tinggi, Mersing, Johor Bahru | jhr02 |
3 | JOHOR | Kluang dan Pontian | jhr03 |
4 | JOHOR | Batu Pahat, Muar, Segamat, Gemas | jhr04 |
5 | KEDAH | Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang, Kulim, Bandar Bharu, Kuala Muda, Yan | kdh02 |
6 | KELANTAN | K. Bharu, Bachok, P. Puteh, Tumpat, P. Mas, T. Merah, Machang, K. Krai, Mukim Chiku | ktn01 |
7 | MELAKA | Bandar Melaka, Alor Gajah, Jasin, Masjid Tanah, Merlimau, Nyalas | mlk01 |
8 | NEGERI SEMBILAN | Jempol, Tampin | ngs01 |
9 | NEGERI SEMBILAN | Port Dickson, Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Rembau | ngs02 |
10 | PAHANG | Pulau Tioman | phg01 |
11 | PAHANG | Kuantan, Pekan, Rompin, Muadzam Shah | phg02 |
12 | PAHANG | Maran, Chenor, Temerloh, Bera, Jerantut | phg03 |
13 | PAHANG | Bentong, Raub, Kuala Lipis | phg04 |
14 | PAHANG | Genting Highlands, Bukit Fraser | phg05 |
15 | PAHANG | Cameron Highland | phg06 |
16 | PERAK | Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Btg Padang | prk01 |
17 | PERAK | Kerian, Larut, Matang, Selama, Perak Tgh, Hilir Perak, Manjong | prk02 |
18 | PERAK | Bukit Larut | prk03 |
19 | PERLIS | Kangar, Padang Besar, Arau | pls01 |
20 | PULAU PINANG | Seluruh Negeri Pulau Pinang | png01 |
21 | SABAH | Zon 7 - Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Papar, Kota Belud, Ranau | sbh07 |
22 | SARAWAK | Zon 1 - Limbang, Sundar, Terusan, Lawas | swk01 |
23 | SARAWAK | Zon 2 - Niah, Belaga, Sibuti, Miri, Bekenu, Marudi | swk02 |
24 | SARAWAK | Zon 3 - Song, Belingan, Sebauh, Bintulu, Tatau, Kapit | swk03 |
25 | SARAWAK | Zon 4 - Igan, Kanowit, Sibu, Dalat, Oya | swk04 |
26 | SARAWAK | Zon 5 - Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bitangor, Rajang | swk05 |
27 | SARAWAK | Zon 6 - Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban, Debak | swk06 |
28 | SARAWAK | Zon 7 - Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau, Meludam | swk07 |
29 | SARAWAK | Zon 8 - Kuching, Bau, Lundu,Sematan | swk08 |
30 | SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN | Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam | sgr01 |
31 | SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN | Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat | sgr02 |
32 | SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN | Kuala Lumpur | sgr03 |
33 | SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN | Putrajaya | sgr04 |
34 | TERENGGANU | Kuala Terengganu, Marang | trg01 |
35 | WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN | Labuan | wly02 |
KOD=PRK03
CONTOH LANG
BM = Versi Bahasa Melayu
ENG = English Version
lang=BM
Tuesday, August 22, 2006
balik dari kampung
8.42am 22.8.2006 menggemparkan, digemparkan, tergempar.. aku pernah melakukannya.. underground lah tapi... :) apapun.. masa tu buta :) ..semalam aku dapat sms.. kira gempar gak la.. tapi macam tak percaya pun ada, tapi... aku percaya insyaAllah insan tu kira peratusan apa yang dia khabarkan aku percaya la... tapi, kalau dia nak tipu pun apa motif .. takde la motif.. emm..menutup keaiban saudara itu lebih baik, apapun aku dah tau...
dunia-dunia ujian pada manusia kalau tak betul2 ... tewas..
aku camne plak? adakah akan terus tertewas? tak boleh la macam tu, even kalo dapat menghadapi ujian dan godaan syaitan takleh nak bangga.. yes, aku berjaya apa semua la..sebab mcm riak lak.. pernah aku rasa mcm berjaya hadapi... tapi kira ok la.. bertahan dalam ujian.. kena rempuh sket tak beringat, tumbang balik.. tapi insyaAllah Allah masih sayang aku... Ya Allah terima kasih, tolong jaga adik juga ya Ya Allah... rindu gurau senda dia... yummyy :p
6.54 ptg 23.8.2006 adik off ym jam 6.52 petang dengan nick lama, adik on ym dengan nick baru jam 6.54 petang. Lepas adik off nick lama, aku invisible... adik on dengan webcam.. mungkin adik dah beli webcam ... aku tak nak ganggu adik... sebab aku takkan tahu jika emosi dia terganggu...jika aku tak diberitahu. aku taknak susahkan adik... taknak buat adik celaru... apapun, aku tetap ingat adik... adik cukup istimewa... doa abang untuk adik selalu insyaAllah...
dah dekat 2 bulan... adik takde.. =), aku akui aku sepi.. sepi tanpa gurau senda adik, aku cuba hidup tanpa adik... mula2 ok, tapi kalau dah macam lama sket... aku kadang2 tak leh kawal diri aku... tapi insyaAllah aku leh recover diri aku balik... aku cuba bertahan, ya aku akan bertahan... selama mana aku mampu dan aku akan terus memberi seadanya yang aku mampu besederhana dalam perjuangan... di dalam kehidupan aku... walaupun aku tak nampak adik, aku tak tau samada adik masih peduli atau tidak pada aku... selagi aku ada nyawa insyaAllah aku tunggu persahabatan kembali dengan adik... arini aku sedih... sebab aku nak tengok agaknye bila tarikh mula aku lukakan hati adik... tapi aku tewas .. sedih... emmmm.
ramai orang suka adik, adik baik... abang je yang ... ada,4 di sana... satu disitu, satu lagi disitu, dan yang pernah disitu ada 1... campur aku disini.. =). semoga adik sihat dan iman pun sihat sentiasa... amiiin
dalam jam 7.16 ptg 23.8.2006 ada 2 hamba Allah di alam maya, emm.. siapakah geranganya.. aku dan???
Tuesday, August 15, 2006
Hidup Dengan Penuh Cubaan
Hadith ini merupakan hadith yang menjelaskan sifat-sifat orang mukmin, sifat-sifat yang senantiasa melekat dan menyatu dengan diri mereka, tiada pernah lepas hingga seolah-olah pakaian yang selalu menempel pada tubuh mereka dan tidak pernah terpisah dari mereka.
Mufattan
Ertinya: Orang yang diuji (diberi cubaan) dan banyak ditimpa fitnah.
Maksudnya : (orang mukmin) adalah orang yang waktu demi waktu selalu diuji oleh Allah dengan bala (bencana dan dosa-dosa). Faid-Qadir 5/491
Dalam perkara ini, fitnah ( cubaan ) itu akan meningkatkan keimanannya, memperkuat keyakinannya dan akan mendorong semangatnya untuk terus menerus berhubungan dengan Allah Subhanahu Wa Taala, sebab dengan kelemahan dirinya, ia menjadi tahu betapa Maha Kuat dan Maha Perkasanya Allah, Rabbnya.
Menurut sebuah riwayat dalam shahih Bukhari dan shahih Muslim, sesungguhnya Nabi S.A.W bersabda ertinya: "Perumpamaan orang mukmin ibarat sebatang pokok yang lentur diombang-ambing angin, kadang hembusan angin merobohkannya, dan kadang-kadang meluruskannya kembali.
Demikianlah keadaannya sampai ajalnya datang. Sedangkan perumpamaan seorang munafik, ibarat sebatang pokok yang kaku, tidak bergerak oleh terpaan apapun hingga (ketika) tumbang, tumbangnya sekaligus." HR Bukhari & Muslim
Ya, demikianlah sifat seorang mukmin dengan keimanannya yang benar, dengan tauhidnya yang bersih dan dengan sikap iltizam (commitment)nya yang sungguh-sungguh.
Tawaab Nasiyy
Ertinya: Orang yang bertaubat kemudian lupa, kemudian ingat, kemudian bertaubat.
Faid-Al Qadir 5/491.
Seorang mukmin dengan taubatnya, bererti telah mewujudkan makna salah satu sifat Allah S.W.T, iaitu sifat yang terkandung dalam namaNya: Al-Ghaffar (Zat yang Maha Pengampun). Allah S.W.T berfirman ertinya: "Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya." Q.S Taha : 82
Apabila diingatkan, Ia Segera Ingat.
Ertinya: Bila diingatkan tentang ketaatan, ia segera bergegas melompat kepadanya, bila diingatkan tentang kemaksiatan, ia segera bertaubat daripadanya, bila diingatkan tentang kebenaran, ia segera melaksanakannya, dan bila diingatkan tentang kesalahan ia segera menjauhi dan meninggalkannya. Ia tidak sombong, tidak besar kepala, tidak bongkak dan tidak tinggi hati, tetapi ia rendah hati kepada saudara-saudaranya, lemah lembut kepada sahabat-sahabatnya dan ramah tamah kepada teman-temannya, sebab ia tahu inilah jalan Ahlul Haq (pengikut kebenaran) dan jalannya kaum mukminin yang sholihin.
Terhadap dirinya sendiri ia berbatin jujur serta berpenampilan luhur, sedangkan terhadap orang lain ia berperasaan lembut dan berakhlak mulia, bersuri tauladan kepada insan tauladan paling sempurna iaitu Rasulullah S.A.W, yang telah diberi wasiat oleh Rabbnya dengan firmanNya yang ertinya: "Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.
Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya." Q.S Aali Imran : 159
Inilah sifat seorang mukmin. Ini pula jalan hidup serta manhaj perilakunya.
Wallahua'lam Bisshawab
Saturday, August 12, 2006
hari sabtu yang sepi
ya sepi... dugaan datang menguji kala aku sepi, aku sunyi kembali...
tadi dalam jam 6.00 ptg aku keluar pergi cari makanan di kedai mamak, sebab aku kelaparan.. aku makan nasi lauk sayur bende... dengan ayam cencang2, masak apa tah namanye..mcm digoreng sekali dengan kacang panjang.
lepas tu aku balik... ada satu ketua flat tempat aku sewa.. tahan aku dan bersalam.. dia jemput gi rumah sorang jirang depan umah dia kot.. ada yasin, aku memang tak pernah join.. sebab selalunya kadang-kadang malam aku keluar tak pergi kelas.. kadang2 dok ngadap pc aje..
cadangnye aku memang nak pergi, tapi lupa tanya lepas maghrib ke isyak?
aku mundar mandir lepas maghrib... nak keluar tak keluar? dah sampai tangga tingkat bawah umah aku... aku nampak ada satu makcik berbual2.. kat tingkat rumah yang ada yasin tu...
aku rasa macam segan lak.. terus aku naik balik..
mundar mandir sampai waktu isyak... lepas solat isyak aku.. cuba2 dengar, macam dah baca je yasin... aku rasa segan la pulak...
last2 aku pergi pc taip apa yang aku taip sekarang ni....
kenapakah aku malu nak jalinkan ukhwah? sebenarnya aku segan kat isteri2 orang yang duduk kat flat aku... anak2 dara dia ke.. gitu2 la... seram laa dengan pempuan ni... realiti kalau aku sebenarnya... kenapa lah.... mmmm
Wednesday, August 09, 2006
Mimpi....
kemudian aku terjaga dan terlelap lagi, aku termimpikan dia lagi... tapi kali ini aku dapat melihatnya dari jauh...
terima kasih ya Allah..
dapat juga aku melihatnya, walau di dalam mimpiku..
*makin tembam adik sekarang :)*
9.12 pm 10/8/2006
Jika aku jatuh CINTA,
CINTAkanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan CINTAnya padaMu
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.
YA RAHIM
Jika aku jatuh HATI
Izinkan aku menyentuh HATI seseorang
yang HATInya tertaut padaMu, agar aku tidak terjatuh
dalam jurang cinta nafsu...
YA RABBI,
Jika aku jatuh hati
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripadaMu
YA RABBUL IZZATI
jika aku RINDU
RINDUkanlah aku pada seseorang
yang meRINDUI syahid di jalanMu
YA ALLAH
jika aku menikmati CINTA kekasihMu
janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya bermunajat
disepertiga malam
YA ALLAH
Jika aku jatuh HATI pada kekasihMu
janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu
YA ALLAH
jika Kau halakan aku merindui kekasihMu
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada CINTA hakiki dan RINDU
abadi hanya kepada Mu
terakhirMU
Ya ALLAH
berikanlah aku kekuatan
walau ada atau tiadanya seseorang srikandi dibelakangku
jauh di sudut hatiku aku inginkan
Ya aku inginkan seseorang yang aku kasihi
untuk bersama-sama menyokong dibelakangku
di dalam perjuangan menuju redhamu
Ya ALLAH
muhasabah adalah satu keinsafan
aku pernah melalui saat-saat getir
yang membuatkan aku tumbang
di dalam cintaku pada hambamu
banyak dugaan aku tempuhi dalam perjalanan
untuk mencari CINTA hambamu yang mencintaimu
aku redha Ya ALLAH
Janjimu benar Ya ALLAH
Solat Istikharah jadi pedoman orang mukmin
Oleh ZUARIDA MOHYIN
SEBUT sahaja solat sunat Istikharah, pasti yang tergambar dalam minda kita ialah solat untuk memilih pasangan atau mencari jodoh terbaik. Itulah tanggapan umum mengenai solat sunat ini.
Pensyarah di Jabatan Bahasa al-Quran, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya, Zahazan Mohamed menjelaskan istikharah yang membawa maksud ‘meminta Allah mengilhamkan sesuatu dalam sesuatu urusan’ merupakan senjata orang yang beriman dalam menghadapi urusan agar dapat membuat pilihan yang tepat.
Yang pasti urusan itu tidak sahaja yang melibatkan pemilihan bakal pasangan tetapi turut merangkumi soal-soal berkaitan rumah, kenderaan, kerja dan sebagainya. Pokoknya ibadat itu memohon petunjuk tentang perkara yang menimbulkan keraguan dalam membuat sesuatu penentuan atau pilihan.
“Rasulullah s.a.w. telah mensyariatkan umatnya agar mereka memohon pengetahuan Allah dalam segala urusan yang mereka alami dalam kehidupan, sama ada yang kecil mahupun besar, agar beroleh kebaikan. Ia sebenarnya dilakukan bagi menggantikan upacara pada zaman jahiliah berupa meramalkan masa depan dengan berpandukan kepada berhala dan syaitan.
“Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fathul Bari mengatakan solat ini mencakupi urusan-urusan besar atau kecil. Banyak masalah yang kita sangkakan kecil akhirnya berkembang menjadi masalah yang lebih besar,” kata Zahazan yang juga giat menulis buku dengan penerbitan Telaga Biru.
Secara umumnya, kata Zahazan, pensyariatan ibadat ini adalah untuk menunjukkan kepada umat Islam kaedah memohon pertolongan Allah agar diberi taufik dan hidayah dalam membuat keputusan. Seperti mana banyak dijelaskan, ibadah ini diajar oleh Nabi sebagai jalan keluar daripada pergantungan kepada syaitan dalam amalan penujuman dan perbomohan yang menyebabkan penipuan dan penganiayaan terhadap hak sesama manusia.
Ini bagi mengelakkan golongan tersebut mengambil kesempatan atas kejahilan manusia bahawa kononnya mereka mengetahui masa depan. Sebaliknya, Allah menjelaskan dalam al-Quran, ... kalaulah aku (Nabi Muhammad) mengetahui hal yang ghaib (akan berlaku), tentu aku akan berbuat kebaikan dengan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa sebarang kemudaratan.” (al-A’raf: 188)
Ayat ini menerangkan tentang peringatan Allah kepada kita bahawa Nabi s.a.w. yang menerima wahyu daripada-Nya juga tidak mengetahui apakah yang akan berlaku, inikan pula kita. Lantaran itu, memohon kepada Allah agar beroleh reda-Nya merupakan petanda ketakwaan dan menyerahkan segala urusan kepada-Nya. Ini merupakan manifestasi keimanan yang mutlak kepada-Nya. Hal ini disebutkan dalam hadis pada bab Muraqabatullah dalam Kitab Riyadhus Solihin, Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: Apabila kamu meminta pertolongan mintalah kepada Allah. (Riwayat Tirmizi)
Terdapat juga sebuah athar yang bermaksud: “Tidak akan kecewa orang yang melakukan istikharah dan tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat dengan orang lain.”
Menurutnya lagi, dalam hadis daripada Jabir r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. mengajarkan istikharah kepada kami dalam segala urusan sebagaimana Baginda mengajar kami sesuatu surah daripada al-Quran. Sabda Baginda: Jika salah seorang daripada kamu berkeinginan untuk melakukan sesuatu, maka hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat di luar solat wajib. (Riwayat Bukhari)
Malah, menurut al-Imam al-Nawawi dalam al-Azkar, seseorang yang melakukan istikharah, maka dadanya akan terbuka luas untuk sesuatu urusan, malah dia akan terlihat kebaikan pada perkara yang akan dilakukan atau sebaliknya.
Al-Zamlakani pula mengatakan: “Jika seseorang mengerjakan solat istikharah dua rakaat untuk sesuatu hal, maka hendaklah dia setelah itu melakukan perkara yang kelihatan baginya sama ada dia berasa senang ataupun tidak, kerana kebaikan itu berada dalam jiwanya sekalipun jiwanya tidak menyenanginya.”
Selain itu, kata Zahazan, tiada satu keterangan daripada hadis yang menjelaskan bahawa seseorang itu akan diilhamkan dengan perasaan senang hati atau sebagainya.
“Tiada sebarang keterangan yang menunjukkan seseorang yang bersolat sunat ini akan memperoleh petanda tertentu melalui mimpi atau sebagainya. Namun begitu jika berlaku petunjuk seperti itu ia merupakan nikmat Allah.
“Hadis di atas bermaksud urusan yang dilakukan itu akan dipermudahkan oleh Allah dan diberikan keberkatan. Atau dalam keadaan lain, Allah akan memberikannya sesuatu kebaikan yang lain. Malahan dia akan sentiasa mendapat kebaikan dalam semua urusannya,” katanya.
Nasihat Zahazan, jadikanlah solat sunat ini sebagai satu ibadah yang dilakukan ikhlas kerana-Nya. Ambillah kesempatan untuk bermesyuarat dengan sahabat-sahabat yang soleh kerana Allah s.w.t. berfirman dalam surah Ali-Imran ayat ke 159 bermaksud: dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.
Batas waktu
Solat Istikharah adalah solat yang dilakukan di luar solat wajib tanpa dibataskan waktu-waktu yang tertentu. Jadi ia boleh diamalkan pada bila-bila masa. Al-Imam al-Nawawi menyatakan dalam al-Azkar, solat ini boleh dikerjakan dengan dua rakaat sunat rawatib, tahiyatul masjid dan solat-solat sunat yang lain. Walau bagaimanapun melihat kepada susunan oleh al-Bukhari, beliau cenderung ke arah menggalakkan ibadat ini dikerjakan pada waktu malam, kerana lazimnya istikharah dilakukan sebagai usaha mendapat pimpinan Allah.
Justeru, waktu malam merupakan pilihan yang tepat memandangkan kepada sebuah hadis sahih riwayat al-Bukhari bermaksud: Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata: Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk-Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk-Ku berikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk-Ku ampunkan?
Berdasarkan hadis di atas, jelas kepada kita bahawa solat ini dikerjakan secara bersendirian di luar waktu solat fardu. Walaupun tiada keterangan yang khusus menunjukkan kepentingannya untuk dilakukan bersama dengan solat hajat dan tahajjud, tetapi lazimnya waktu bertahajjud merupakan waktu yang baik untuk bermunajat kepada Allah.
Doa
Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon petunjuk-Mu untuk membuat pilihan yang tepat dengan ilmu-Mu dan aku memohon kekuatan kepada-Mu (untuk mendapat penyelesaian ) dengan kekuasaan-Mu, aku memohon daripada anugerah-Mu yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau maha berkuasa, sedangkan aku tidak, Engkau maha mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau maha mengetahui perkara yang ghaib. Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahawa urusan ini ... (disebutkan hajatnya ) baik untukku dalam urusan agamaku, hidupku dan kesudahanku, maka mudahkanlah bagiku dalam urusan itu, kemudian kurniakanlah berkat kepadaku. Akan tetapi bila Engkau mengetahui bahawa persoalan itu lebih bahaya kepadaku dalam agamaku, kehidupanku dan kesudahanku, maka elakkanlah aku daripadanya, kemudian takdirkan bagiku segala perkara yang baik di mana saja dan jadikanlah aku orang yang reda dengan ketetapan tersebut.
Dalam hadis ini, Nabi s.a.w. menganjurkan agar seseorang yang mempunyai hajat itu menyebutkan hajatnya di pertengahan doa agar diberi petunjuk oleh Allah s.w.t..
Bacaan surah
Sebenarnya tiada suatu dalil pun yang menetapkan bacaan surah tertentu mengiringi al-Fatihah. Walau bagaimanapun, al-Imam al-Nawawi menerusi kitabnya al-Azkar mencadangkan agar membaca surah al-Kafirun pada rakaat pertama selepas al-Fatihah dan al-Ikhlas pada rakaat kedua selepas al-Fatihah. Kenyataan ini disokong oleh al-Iraqi dalam Syarah al-Azkar oleh Ibn Allan, Wallahu A'lam..
Sekembalinya .....
Sepanjang aku disana, apa yang tidak dapat aku tegur mungkin di atas kelemahan diri.. melihatkan sahabat sebili, sebelum ini pada kursus-kursus yang lepas.. aku lihat dia menunaikan solat. Aku sebolehnya ingin medapat teman sebilik walau di mana, mempunyai fikrah agama dan mempunyai keinginan untuk mengubah diri di dalam mencari keredhaan Allah.
Dia ada menyatakan bahawa " kain ni kau buat sembahyang ke"
Aku mengatakan "takpelah, aku ada track suit"
* kain itu digunakan untuk mengalas lantai untuk buat sterika pakaian*
Sepanjang di sana aku bersolat jamak dan qasar semasa ketiadaan sahabatku itu dibilik
Aku berharap walau di mana dan tanpa ada sebarang alasan, aku akan istiqamah di dalam menunaikan solat... insyaAllah.
Maafkan aku sahabat, aku tak mahu dipandang aku ganjil, aku dipandang seperti alim.. aku juga seperti kalian ingin mencari rezki, tapi aku ingin kan redha Allah.
Di dalam program penceamah bijaksana menyampaikan ceramah dan menyelitkan kesedaran agama, tidakkah terdetik kesedaran di hati kalian..
Mungkin kesilapan ku, ya aku lemah tak mampu menegur kalian....
Ni cerita lain pula, dalam kumpulan ada la campur lelaki perempuan,huuu....seram2, ada sorang akak tu aku tak tahu la apa sangat statusnya samada dah kahwin atau belum. ada 2 orang yang aku seram nak pandang.. sebabnye ialah diorang ada ++ sikit kemanisan wajah. perempuan2 macam ni memang aku seram nak pandang, pandang melintas2 mata ke kiri kana, kejap pandang bawah.. pandang hala lain.. penat betul mata aku.. yang paling aku tak berani ada sorang dalam kumpulan aku ni.. ishh.. akhir2 dapat tahu dia dah kahwin sebab dia ada angkat tangan pasal apa tah, baru lega hati aku tau dia dah kahwin ..so ada la macam rasa hormat sikit dalam hati, apapun aku memang elak pandang mata dia. Dahla aku ni pendiam jek.. senyum2 dan sengih2 je kalo ada lawak dalam program. Kadang2 perasan macam akak ke, ke dia lagi muda dari aku tak tau lah.. macam ada sesekali pandang aku.. erkk.. please... seram :)
Teringat juga pada waktu dahulu, sebab malu pada perempuan.. masa dalam bas duduk dengan ada la satu perempuan. Dia makan keropok apa lah tah...dia kata"Makan lah, tak baik la saya makan seorang" aku dengan shy2 catnye... erkk.. menolak, tapi dia ngan sungguh-sungguh ajak, aku erkk.. pun dengan tak malunye menhulur tangan mengambil keropok dia tu. Aku ambil, aku kunyah dengan kunyah antara tidak..* tahu tak camne ni yeh* bayangkan ler.. slow motion makan antara dengar dan tidak bunyi keropok kena mamah. Aku makan sikit aje.. pastu yang dalam genggaman tangan aku aku biar lama dalam tangan, aku ramas sampai hancur.. aku taburkan kat lantai... sedih betul rezki makanan itu aku buang, apakan daya aku maluu.. sampai macam tu tahap malu.. haii.. apa lah nasib..
Ni cerita kat tempa kerja pula.. aku pergi timbang berat badan aku, dan aku lihat aku hanya 41kg sekarang, erkk.. kurusnye aku sekarang.. kenapa ya?? takde kenapa.. hati senang.. kuruslah kan? kan? kan?? takpe... walaupun kurus ke apa ke, aku masih mampu hidup di bumi Allah... apapun aku doakan seseorang tu sihat selalu, makin sihat pun takpe..hihihi.. harapnya dia tidak terganggu dengan kehidupannya sekarang, mungkin adanya aku akan melukakan hatinya.. setidaknya dia gembira dengan orang-orang di sisinya sekarang.. aku cuma nak dia bahagia.. aku takkan melukakannya lagi insyaAllah... huk, sedihh... :) aku rindukan sebuah kegembiraan nya bersamaku..
Kasih Sayang
Artis : 2D Tajuk : Kasih Sayang ::Download Lagu :: Kasih sayang Terlalu indah untuk di kenal Selamanya Takkan pernah kau buang Kasih sayang Tiada pernah kenal usia Tua muda Akan menikmatinya ( korus ) Namun jangan engkau lupa Akan akibat masa nanti Engkau dapat menderita Kerana terlena rasa cinta aaa... Kasih sayang Terlalu pahit dan menyakitkan Dan membuat Remaja patah hati ( ulang dari korus ) Remaja patah hati ( 2X ) | Artis : Raihan Tajuk : Kasih Sayang Kasih sayang itu titi Kasih sayang penghubung hati Kasih sayang itu tali Kasih sayang pengikat diri Dari kasih timbul simpati Dengan sayang ada persaudaraan Kerana kasih ingin berbakti Saling sayang ma'af mema'afkan Kasih sayang itu baja Kasih sayang penyubur jiwa Kasih sayang itu penawar Penguat cinta penghapus duka Kasih manusia sering bermusim Sayang manusia tiada abadi Kasih TUHAN tiada bertepi Sayang TUHAN janji-NYA pasti Tanpa kasih sayang TUHAN Tiada simpati tiada persaudaraan Tanpa kasih sayang TUHAN Tiada bakti tiada kema'afan ( korus ) Kasih sayang pada semua Kasih sayang sesama kita Kasih sayang oooo dunia Moga selamat di Akhirat sana |
Saturday, August 05, 2006
Niat Kerana Allah
apa pun aku cuma harap Allah pelihara niat dan hati aku supaya sentiasa dalam keredhaan nya dan aku tenang dalam kehidupan. to be continued......
2:05 pm 9/8/2006 Alhamdulillah aku selamat kembali dari mengikuti sebuah program
Thursday, August 03, 2006
Masa Berlalu
HIDUP KITA DI DALAM 3 HARI
2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok : Hari yang belum pasti
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita
lebih baik dari hari yang pertama.
Jangan mengharap hari yang ketiga kerana
mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
Kerja macam biasa la..rutin selalu.. malas lah nak cakap tentang kerja sangat, to be continued....
12.14 am ok sambung balik,nak cakap tentang kerja.. aku sebolehnya nak bekerja dengan ikhlas dari hati kerana Allah even banyak benda kadang mengganggu fikiaran, kadang-kadang kerja macam2 lah dalam seharian.. ada masa aku tengah buat satu kerja ada masanya tetiba je ada call lah , apa lah nak sesuatu dokumen.. ada gak dokumen yang aku cari2 tak jumpa katne tah.. kadang sampai dalam solat terfikir2 tentang kerja kat ofis, minta ampun jelah tak khusyuk dalam solat. Aku lepas solat doa.. minta Allah permudahkan tugas aku seharian, beri aku aku berfikir dengan baik, bijaksana dan waras. banyak gak kerja aku kadang aku macam blur je nak buat dok nak cari dokumen yang tak jumpa... ujian betul.
Dengan kerenah orang awam, staff2 tempat aku kerja lagi.. sabar jelah.. anyway aku kerja nampak ok je.. kalau tension pun pandai2 la wat perangai kadang tak masuk akal.. dok senyum sorang2, dengan budak ofis perempuan lagi satu nih la.. aduhai.. aku layan baik je insyaAllah semua staff ofis, even kadang tu cara yang aku tak berkenan..
Nak dijadikan kira lawak pada aku.. masa nak balik leh lak terfikir nak makan roti canai kat kedai mamak, pastu terfikir... eh? aku puasa la harini.. hehehhe..
kat rumah plak tu sampai2 perut semacam je.. aku dok atas kerusi depan pc.. dok tersandar jap.. aduhh sakitnye perut..
Nak citer pasal semalam lak, masa baring2 aku pegang dada aku... erk kurus nye aku rasa tulang jek badan aku.. alahaii. teringat satu petikan dalam satu surat.
hihihi taulah abang kuyuss... yelah, adik punye pasal.. muk muk cikit pun takpe.. bukan banyak pun muk muk... bam bam.. je.. :)
kesimpulannya aku ni nak naikkan berat badan pun susah ler.. nak kena ada seorang srikandi dihati dan juga sebaik2 perhiasan dunia dulu lah gaknye.. yek?"yelah tu"
Berkorban Demi Cinta
“...Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih Allah tiada bertepi
Sayang Allah janjinya pasti...”
..to be or not to be depend on yourself..
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini
Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu
Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang
Semoga?
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan
Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi
Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya
Lagu : Kamal Halim (Al-Mansur Productions)
Lirik : Kamal Halim (Al-Mansur Productions)
Susunan Muzik : Kamal Halim
Penerbit : Kamal Halim
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Wednesday, August 02, 2006
aku dan perempuan keliling2
Girl 1 yang lagi sorang dalam tahun 2006 ni la.. baru posting ofis aku ni, memula ok la.. lama2 tahle.. dia ni perangai dia... kadang2 suka meninggi suara.. pastu kadang2 moody tah pehal... rilek2 la.. kot ye pun. dia ni baya adik aku lahir taun 86.. dia panggil aku ngan nama pendek je. Dia ni dah ada pakwe, kot la..hahahks.. sebab kdg2 dalam ofis... ada je orang call.. dia jawap "katne" ngan suara ala manja.. akakaka... meremang aku..kekekke.. apapun dia ni, kalau ngan mak dia.. kdg2 mak dia call @ dia call.. kie dia ni mesra ngan family kot.. anyway dia ni freehair tak pakai tudung. yang tak bestnye.. kdg2 kalau beri barang ke apa dokumen ke apa... aku tau la.. dah biasa pegang tangan lelaki, sebab aku penah nampak dia kat supermarket besar jalan pegang tangan.. ekekek... alahaii. aku tadi dok la nak cabut hard disk ingat nak copy isi dalam dia sebab window dah poblem.. dia sibuk2 nak tolong.. aku punye la melarikan2 jari aku... dari sentuh jari dia.. kejap angkat sana, sini.. dia rilek je aa... aku malas la nak cakap.. jgn pegang aku, malas la dia ingat aku ni alim gile.. "ek eless... mamat ni" apapaun aku cuba elak. ok.
Girl 2 lagi satu ni.. plak, awek kedai minyak mobil... freehair gak, dulu aku isi minyak..kadang2 jela isi stesyen tu.. aku muka serious je kalau awek tu ada.. malas la dia fikir aku nak gatal2 ke apa ke.. cute gak la dak ni.. rambut ada sket karat, ehehe... kecik molek je.. malas nak pandang sangat . sebab dia jenis pakai baju tshirt kecik.. fit, aduss... dosa betul..
ada satu hari, dia start tegur aku.
awek mobil :" keje mana ek?"
aku: "aaa?? (dengan gaya blur sket2)kerja sekolah
awek mobil: "cikgu ek?"
aku: "takdelah.. kerani je"
awek mobil: "kat mana?"
aku: "bawah ni je"
aku pun amik duit baki sambil senyum...*lebeih kurang macam tu la perbualan..
hari2 lain kalau aku isi.. biasa aku senyum je.. kalau dia tegur aku jawap la.. aku memang susah kalau nak tegur pempuan kalau memang takde hal penting atau apa2 jelah.
dalam bulan ni,pun ada gak dia tegur..eh bulan 7 aritu...
dia senyum masa tu boss dia apek tu ada
awek mobil: "keje mana ek aritu?"
aku: "sekolah"
awek mobil:"ooo.. ada kerja kosong tak?? kalau ada carikan ekk"(Sambil senyum"
aku senyum jela... macam2 jela awek ni
*kalau aku gatal atau jenis lelaki huha... dah lama aku pass no hphone.. tapi "mungkin tidak"
hehehhe..
Girl 3 sorang lagi ni awek kat maybank.. tatau la dah kahwin ke, single ke, apa ke.. dulu2 nya aku berkenan kat sorang staff dalam bank ni gak.. banyak kali terserempak kalau berurusan, kalau terpandang je dia.. mm aku rasa fuhh... berderau, orangnya kira manis la sedap mata mandang.. pastu cara dia slow2 gitu.. lama gak.. aku buat tatau jek..
sampai la aku rasa kalau dok diam, susah gak.. aku tau hati aku sepi aku nak berteman.. aku suruh kawan aku selidik, cari tanyakan utk dapat no hp dia samada dia dah berpunya atau tak. sampai lah satu hari kawan peempuan aku ni.. dok call ofis dia minta no hp dia.. dan dapat tahu dia dah berkahwin.. pada penghujung tahun 2005.. dan bila aku dah tau.. aku rilek la.. tepis perasaan, kalau nampak dia pun.. aku wat tak nampak
yang aku nak cerita ni staff lain.. kire kecik molek gak.. manis2 je.. aku kalau masuk pun nampak wat saja la.. cuma kebelakangan ni aku biasa kalau gi bank yang bank in syiling banyak, awek tu kerja kat dalam lak.. dia la start tegur gak..
awek bank: "macamana ek boleh kerja sana"
aku: "maybe aku senyum je kot masa tu...
hari yang lain
awek bank: "bau minyak attar"
aku: "siapa?"
awek bank: "pakcik tu tadi"
aku : " oo.. ingatkan siapa"
hari ini
awek bank: "letak situ ek"
aku:apa tah aku ada cakap apa2 ke tah? tak ingat
awek bank:" syiling semua ke?"
aku:"a'ah, duit budak2, ada kempen apa tah"
tu jela.. sambil dalam bilik duit tu tadi, aku sempat le menjeling area luar..di sebalik cermin bank yang ada line2 untuk halang penglihatan sket.. ada awek ranggi... freehair yang aku tak berapa nak pandang bila depan mata.. Masa naik tangga membelakangi dia.. dia kat atas.. aisehh.. bahaya ni.. pastu dia toleh belakang, aku wat tak tau jela.. pandang tempat lain... dalam bilik kira duit, aku jeling la dari jauh.. "cun gak" ekekek.. apa2 jelah, dah selesai urusan aku jalan selamba wat macam takde benda.. tak pandang pun awek tu...
emm.. lagi satu nih masa ni ngan lagi 3 orang member dok nak jalan ke big supermarket, dia ada tempah barang la kat kedai, lalu la jejantas..sekali ada la dua orang awek satu freehair satu tudung... sorang kecik molek yang pakai tudung tu la.. "Subhanallah" lawa pulak tu.. ekeke... aku jalan berdepan ngan dia..aku belah kanan sekali... berderau gak jantung aku.. ekekeke.. kawan2 aku dok kepoh huh menarik yang kecik tu ke apa tah diorg bebel.. aku senyum je la.. aku sempat ler jeling sket je awek tu.. kejap je tau? ekeke.. dia jalan tunduk jek...sambil macam senyum2 malu sket... ekekeke... aku macam biasa la, maintain muka macam takde benda awek2 lalu.. padahal berderau gak jantung... hhihii...
**itu jelah cerita aku tentang peempuan keliling aku, kesimpulannya.. kenalah jaga pandangan..aurat bersepah merata kat luar tu..