Thursday, August 03, 2006

Masa Berlalu

Alhamdulillah... kembali, rasanya baru saja minggu lepas cuti panjang.. taklah panjang mana... dah esok jumaat.. pastu sabtu cuti lagi...

Renungan hari ini

HIDUP KITA DI DALAM 3 HARI

1. Semalam : Sudah menjadi sejarah
2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok : Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita
lebih baik dari hari yang pertama.
Jangan mengharap hari yang ketiga kerana
mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

masa itu ibarat pedang,kalau kita tak potong dia, ia akan memotong kita.. kalau tak silap apa aku pernah dengar atau baca..kesimpulannya masa yang dianugerahkan Allah kenalah guna semanfaat yang mungkin.Hari ni aku berpuasa,niat nak puasa terlintas masa terjaga dari lena.. masa tu teringat eh?isyak lom lagi ni..gegas2 bangun tengok jam.. pastu niat nak puasa. Beberapa ketika sebelum subuh masuk waktu jengah freezer jap, ada rambutan.. makan lah 3 biji buat sahur.Seterusnya gi komputer dengar IKIM oline dan jengah2 apa yang patut. Masa nak siap kerja.. ingatkan diri sendiri, aku puasa arini.. so pandai2 kawal kualiti puasa..
Kerja macam biasa la..rutin selalu.. malas lah nak cakap tentang kerja sangat, to be continued....

12.14 am ok sambung balik,nak cakap tentang kerja.. aku sebolehnya nak bekerja dengan ikhlas dari hati kerana Allah even banyak benda kadang mengganggu fikiaran, kadang-kadang kerja macam2 lah dalam seharian.. ada masa aku tengah buat satu kerja ada masanya tetiba je ada call lah , apa lah nak sesuatu dokumen.. ada gak dokumen yang aku cari2 tak jumpa katne tah.. kadang sampai dalam solat terfikir2 tentang kerja kat ofis, minta ampun jelah tak khusyuk dalam solat. Aku lepas solat doa.. minta Allah permudahkan tugas aku seharian, beri aku aku berfikir dengan baik, bijaksana dan waras. banyak gak kerja aku kadang aku macam blur je nak buat dok nak cari dokumen yang tak jumpa... ujian betul.

Dengan kerenah orang awam, staff2 tempat aku kerja lagi.. sabar jelah.. anyway aku kerja nampak ok je.. kalau tension pun pandai2 la wat perangai kadang tak masuk akal.. dok senyum sorang2, dengan budak ofis perempuan lagi satu nih la.. aduhai.. aku layan baik je insyaAllah semua staff ofis, even kadang tu cara yang aku tak berkenan..
Nak dijadikan kira lawak pada aku.. masa nak balik leh lak terfikir nak makan roti canai kat kedai mamak, pastu terfikir... eh? aku puasa la harini.. hehehhe..
kat rumah plak tu sampai2 perut semacam je.. aku dok atas kerusi depan pc.. dok tersandar jap.. aduhh sakitnye perut..

Nak citer pasal semalam lak, masa baring2 aku pegang dada aku... erk kurus nye aku rasa tulang jek badan aku.. alahaii. teringat satu petikan dalam satu surat.


hihihi taulah abang kuyuss... yelah, adik punye pasal.. muk muk cikit pun takpe.. bukan banyak pun muk muk... bam bam.. je.. :)
kesimpulannya aku ni nak naikkan berat badan pun susah ler.. nak kena ada seorang srikandi dihati dan juga sebaik2 perhiasan dunia dulu lah gaknye.. yek?"yelah tu"

No comments: