Pada hari ini.. aku duduk berhadapan dengan komputer mengimbau hari-hari yang lepas. Aku kembali lagi dari sebuah program PERASA (pembimbing rakan sekerja) yang bertempat di Naza Hotel, Melaka. Aku berada di sana dalam 3 hari 2 malam. Sepanjang di sana aku solat jamak dan qasar. Aku cuma manusia biasa.. di sana aku mengambil input-input yang baik dan moga input-input yang melalaikan yang berada di persekitaran ku dijauhkan allah daripada terkesan kepadaku. Aku mendengar motivasi untuk aku mengikhlaskan apa yang aku buat, pekerjaan seharianku kerana Allah. Maafkan aku kawan, sahabta, abang, adik, kakak, makcik, pakcik dana apa jua pangka semua yang hadir pada hari program. Aku hanya mampu mendoakan hidayah kepada kalian semua.. jika ada yang tidak dapat mengambil iktibar dari input yang baik.
Sepanjang aku disana, apa yang tidak dapat aku tegur mungkin di atas kelemahan diri.. melihatkan sahabat sebili, sebelum ini pada kursus-kursus yang lepas.. aku lihat dia menunaikan solat. Aku sebolehnya ingin medapat teman sebilik walau di mana, mempunyai fikrah agama dan mempunyai keinginan untuk mengubah diri di dalam mencari keredhaan Allah.
Dia ada menyatakan bahawa " kain ni kau buat sembahyang ke"
Aku mengatakan "takpelah, aku ada track suit"
* kain itu digunakan untuk mengalas lantai untuk buat sterika pakaian*
Sepanjang di sana aku bersolat jamak dan qasar semasa ketiadaan sahabatku itu dibilik
Aku berharap walau di mana dan tanpa ada sebarang alasan, aku akan istiqamah di dalam menunaikan solat... insyaAllah.
Maafkan aku sahabat, aku tak mahu dipandang aku ganjil, aku dipandang seperti alim.. aku juga seperti kalian ingin mencari rezki, tapi aku ingin kan redha Allah.
Di dalam program penceamah bijaksana menyampaikan ceramah dan menyelitkan kesedaran agama, tidakkah terdetik kesedaran di hati kalian..
Mungkin kesilapan ku, ya aku lemah tak mampu menegur kalian....
Ni cerita lain pula, dalam kumpulan ada la campur lelaki perempuan,huuu....seram2, ada sorang akak tu aku tak tahu la apa sangat statusnya samada dah kahwin atau belum. ada 2 orang yang aku seram nak pandang.. sebabnye ialah diorang ada ++ sikit kemanisan wajah. perempuan2 macam ni memang aku seram nak pandang, pandang melintas2 mata ke kiri kana, kejap pandang bawah.. pandang hala lain.. penat betul mata aku.. yang paling aku tak berani ada sorang dalam kumpulan aku ni.. ishh.. akhir2 dapat tahu dia dah kahwin sebab dia ada angkat tangan pasal apa tah, baru lega hati aku tau dia dah kahwin ..so ada la macam rasa hormat sikit dalam hati, apapun aku memang elak pandang mata dia. Dahla aku ni pendiam jek.. senyum2 dan sengih2 je kalo ada lawak dalam program. Kadang2 perasan macam akak ke, ke dia lagi muda dari aku tak tau lah.. macam ada sesekali pandang aku.. erkk.. please... seram :)
Teringat juga pada waktu dahulu, sebab malu pada perempuan.. masa dalam bas duduk dengan ada la satu perempuan. Dia makan keropok apa lah tah...dia kata"Makan lah, tak baik la saya makan seorang" aku dengan shy2 catnye... erkk.. menolak, tapi dia ngan sungguh-sungguh ajak, aku erkk.. pun dengan tak malunye menhulur tangan mengambil keropok dia tu. Aku ambil, aku kunyah dengan kunyah antara tidak..* tahu tak camne ni yeh* bayangkan ler.. slow motion makan antara dengar dan tidak bunyi keropok kena mamah. Aku makan sikit aje.. pastu yang dalam genggaman tangan aku aku biar lama dalam tangan, aku ramas sampai hancur.. aku taburkan kat lantai... sedih betul rezki makanan itu aku buang, apakan daya aku maluu.. sampai macam tu tahap malu.. haii.. apa lah nasib..
Ni cerita kat tempa kerja pula.. aku pergi timbang berat badan aku, dan aku lihat aku hanya 41kg sekarang, erkk.. kurusnye aku sekarang.. kenapa ya?? takde kenapa.. hati senang.. kuruslah kan? kan? kan?? takpe... walaupun kurus ke apa ke, aku masih mampu hidup di bumi Allah... apapun aku doakan seseorang tu sihat selalu, makin sihat pun takpe..hihihi.. harapnya dia tidak terganggu dengan kehidupannya sekarang, mungkin adanya aku akan melukakan hatinya.. setidaknya dia gembira dengan orang-orang di sisinya sekarang.. aku cuma nak dia bahagia.. aku takkan melukakannya lagi insyaAllah... huk, sedihh... :) aku rindukan sebuah kegembiraan nya bersamaku..
No comments:
Post a Comment