Monday, July 31, 2006

Berbual Dengan Allah

Aku, lepas solat maghrib.. aku macam biasa berdoa macam doa-doa aku yang biasa.. lepas tu aku baring, sambil berkata-kata dengan hati. Allah maha mendengar, aku minta ampun kerana sekiranya.. ada khilaf di dalam fikiran ku. Apapun insyaAllah antara Pencipta seluruh alam dan manusia yang sedar hakikat dia yang diciptakan sebagai hamba, tiada masalah sekiranya aku menerangkan apa yang terbuku dan tersimpan. InsyaAllah melepaskan rasa sesuatu kepada maha pencipta buat aku lega sedikit.

Wahai sebuah hati, kiranya tidak menjadi keberatan.. kunjungilah sebuah hati disini.. setidaknya menjadi penawar walaupun tidak ku letakkan segunung pengharapan, cukuplah sekadar besederhana.. "kita" kawan kan?

blackout

huh..sabar je la.. :) masa dah taip panjang2 cerita hari ini.. blackout tetiba..erkk.. terus gi lepak atas lantai baring kejap.. terlelap, pastu mengalami satu mimpi kira dahsyat gak la..
aku mimpi gaduh besar ngan abah aku.. aku gaduh sebab tak puas hati dengan cara dia, means cara pembawaan diri dia. sikap aku tegur dia..gile2 punya marah.. sambil nangis2.. uhukss.. nangis, jangan bagitau sapa2 tau?

actually.. dalam real life,aku ni tak berapa mesra ngan family tapi tak bermakna aku tak sayang diorang.. cuma aku cukup susah. Kalau pun aku tunjuk aku cuba mesra hanyalah dalam perbuatan means.. kadang2 aku balik kalau aku rasa dah lama tak balik jumpa mak.. ataupun kalau weekends ayah mak ajak gi kebun aku ikut la.. aku jenis tak banyak cakap ngan family bila dah besar ni... dulu kecik2 aku dok ngan nenek ngan atuk belah mak sampai la aku form 5, sebab tu ke aku tak mesra ngan mak ayah aku ek?aku ni pun jenis pendiam dan pemalu sket, lagi2 dengan pempuan kire shy2 cat sket la.. kadang2 tu cover line je wat muke serious jalan, padahal cover rasa uncomfortable bila berselisih atau bertentang mata ngan pempuan**Bestnya kalau dapat tentang mata ngan sesoerang yang aku kenal,jarang berjumpa dan dia adalah isteri aku akhirannya** HUH?? berangan wehh... apa ni.. mana de hasrat dan impian tak kira angan2 la.. apa jelah..

mak aku aku kira ok sket la..kalau abah tu, aku tak berapa la.. sebab ada la yang aku tak berkenan dgn sikap dia.. tapi takyah la beritahu kat sini.. mengutuk sikap abah tak baik kan? cuma aku tahu sikap means.. dia tu aku tak suka, but aku tak benci dia cuma benci kat sikap dia ada la beberapa.. yang tak memberi contoh pada aku.
AKu nak kata kire kurang ajar ngan abah tak la.. cuma kadang2 nada suara aku mcm mendengus atau mcm temper sket.. tapi aku takde la menengking..cuma aku kalau tak puas hati pun aku diam je la..sebab aku tak nak kata2 aku ni kira kurang ajar..

apa yang aku rasa, aku ni ada beberapa ciri yang aku rasa di blend together cepat marah+penyabar+penyayang.. hiihiii.. even aku ni kadang2 rasa nak baran je.. aku tau aku takleh nak lepaskan sebab aku tau seagai org islam aku kena pandai redakan kemarahan aku.. penyayang ke? maybe.. huuuhhuh.. tapi jika betul2 mengikut landasan aku ni even penyayang kire pemalu sket nak show rasa sayang.. kalau tak nampak di mata kire aku leh gak la show rasa sayang.. kalau depan2 aku tak la show macam remaja2 kite ni..sebab insyaAllah aku masih ada fikrah islamiah dalam hidup walaupun pernah melalui saat2 getir dalam kejahilan.

sebagai manusia.. dan umur nak masuk 26 ni,aku pun ingin rasa berteman.. tapi tah la..samada insan yang aku sayang masih ada ruang untuk aku di hatinya.. banyak dah yang dah aku lalui bersama dengan dia walaupun dia tak pernah aku jumpa. Harap2 walaupun kepercayaannya pada aku dah tak seperti dulu, aku harap dia masih sudi berkawan dengan aku. Aku tak mampu dan tak daya nak minta dari nya ..sebab rasa bersalah tu pun ada pada diri aku, apapun aku tak nak lukakan dia lagi.. kalau dengan berjauhan ini membahagiakan dia.. aku.. emm.. aku ok je..betul lah..

Sunday, July 30, 2006

Hari Ini Hari Ahad..

Assalammualaikum...seorang tuan punya blog, apakah kisah anda hari ini? seperti kucing di atas..anda sunyi ek?? err... tah... no komen la tuan penulis, camne awak lalui hari-hari sepi awak tuan blog? emm..insyaAllah mula2 tu... haru biru gak la.. tapi lama2 insyaAllah ok.. apapun..usaha mencari redha Allah takleh terus berhenti.. mcm mana syaitan tak penah putus asa nak sesatkan saya kan, so saya pun takleh la nak putus asa.. walaupunn... emm.. takde pe lah.. Allah dan kasih sayangnye ada.. walau saya wat salah Allah tetap sayang saya, tapi saya takleh la nak naik lemak...mentang-mentang Allah tak terus azab macam waktu zaman nabi dulu... dan insyaAllah blog pun berwajah baru.. alhamdulillah..apa pun masih dalam eksperimen... insyaAllah

1.08pm try edit sket.. ok kot.. dah ni... :)

**pendapat seorang forumer... menjawap sedikit dari ayat aku sket "tetapi fitrah keperluan sebagai manusia tak dapat di sangkal" ** itulah jihad. lawan apa yg x sepatutnya... Allah tlh ttpkan siapa milik saudara. sampai masa dan waktunya yg tlh ditetapkan Allah akan aturkan pertemuan saudara itu. waktu itu terimalah anugerah Allah sepenuh hati. dan pada ketika itu juga saya yakin saudara akan menyayanginya kerana Allah. sbb dia pilihan Allah untuk saudara. jgn lupa istikharah walaupun pilihannya hanya satu mana tau kl itu cuma satu ujian...

ALLAH LEBIH MENGETAHUI APA YG TERBAIK UNTUK HAMBANYA..

Friday, July 28, 2006

sebuah cerita pada hari ini..

hmm.. hari ini, hari terakhir bekerja minggu ni.. dan cuti panjang sikit sebab isnin tak kerja kan,malam tadi aku bermimpi.. kire seram gak la,maybe mainan tidur.. apapun takla berapa mengecewakan mimpi tu.Aku mimpi bahawa mak ayah aku meminang@merisikkan untuk aku seorang gadis dan hajat aku ditolak, dalam pada tu masa kepulangan mak ayah aku.. mak aku kata jangan sedih yeh? aku cakap je la mana ada sedih.. aku pelik lain aku suruh pinang, lain yang dipinangnya.. orang yang aku suruh pinang tu adalah seseorang yang pernah aku lukai.. bukan lah seorang yang pernah membuatkan aku terluka.. kisah sedih aku tu plak yang dipinangnya.. mimpi2 apalah ertinya..

dalam pada teringat mimpi aku,aku teringat satu kisah mimpi yang dikhabarkan kepadaku oleh seorang yang istimewa lama dahulu. Dia menyatakan bahawa dia telah di timpa musibah kalau tak silap aku di trek jogging... dan aku telah mencederakan orang yang memberikan dia atau dengan kata lain asbab musibah tu.. yang tak dapat dielakkan. Setelah aku membelasah asbab kejadian musibah tu.. dia menyatakan bahawa aku seperti tidak mengenalinya. Dia sedih sebab aku tak kenal dia.

apakah ertinya?? apakah maksud mimpi itu? adakah apa yang berlaku aku mencalari sebuah hati itu adalah maksud mimpi itu? hanya Allah jua yang mengetahui...

to be continued... lom habis lagi ni yeh :)

29.7.06 7.33 pagi Alhamdulillah aku masih bernafas hari ini, jika dilihat banyak sungguh posting aku di dalam blog ini,apapun sekadar sebuah coretan kehidupan. Banyak sebenarnya yang ingin aku ungkaikan <--betul ke perkataan ni? entahlah.. harap2 kalian faham. Aku pun tak pasti apa yang aku hadapi kadang2 macam blur.. tapi insyaAllah aku tahu apa yang aku lalui, aku sebenarnya berperang dengan perasaan, dengan pujuk rayu syaitan.. ya aku berperang. Memang cukup mujahadah melalui ujian Allah.. cuma aku berharap Allah berikan aku kekuatan dan tidak akan membiarkan aku rebah dan menjadi seseorang yang tidak bersyukur di dalam ujian dan setiap dugaan. Banyak perkara bermain di fikiran, dan aku terjaga pagi tadi dalam jam 6.00 tepat. Alhamdulillah Allah bangkitkan aku, aku terbaring di penjuru tilam selepas solat isyak, dan apa yang aku ingat aku sedang berfikir waktu itu...sehinggalah aku tertidur dan terjaga pada keesokan harinya. Lepas solat aku berdoa apa yang patut dan aku terfikir nak baca ayat2 suci A-Quran dari sebuah kitab tafsir Al-Quran Rasm Uthmani yang aku beli. Aku beli tak ingat bila cuma yang aku tahu aku lebih memahami tajwid dengan rasm uthmani jika ilmu A-Quran aku dalami lagi. Aku baca muka2 akhir sebab bertujuan nak mengingatkan kembali banyak ayat2 lazim yang aku dah lupa dan aku tak hafal untuk di baca ketika solat. Yang aku tahu aku asyik baca beberapa ayat lazim selepas al-fatihah yang asyik aku putar2 kitaran nya.. takkan lah ayat tu je aku nak baca?? jahil2, apa pun aku bersyukur sangat sebab aku masih boleh membaca Ayat-ayat Al-Quran means ayat2 untuk dibaca ketika solat walaupun aku jarang membaca.. dan aku jua sedar tuntutan Al-Quran yang telah aku abaikan, harap2 niat aku untuk mebaca A-Quran hari2 dapatlah pertolongan dari Allah di dalam usahaku. Dalam pada tu teringat pula pada niat ku pada seseorang untuk membaca Ayat-ayat dan kalimah Allah bersama2 nya.. ampunkan aku Ya Allah sekiranya aku terfikir tentang hal itu ..

Perpisahan.. ya aku redha dengan izin Allah jua, sekiranya perpisahan ini lebih membawa aku dan membawa ku kembali pada Allah aku cukup bersyukur. Aku cuma berharap perpisahan dan jarak antara aku dengan seseorang tidak akan membawa aku kepada menjadi tidak bersyukur atas nikmat Allah. Aku cuma berharap Allah berikan aku kekuatan di dalam menghadapi rasa di dalam jiwa. Walaupun tidak aku mendekatinya tidak bermakna aku melupakan, doaku insyaAllah berpanjangan. Di dalam kesepian paling tidak pun, ada Allah menemani aku sekiranya aku bisa rebah di dalam ujian, kepada nya jua aku merintih. Kadang2 aku terfikir.. adakah aku masih dalam ingatan seseoang itu? hanya Allah jua mengetahui.. tidak ada daya ku untuk menggapai sebuah jiwa kerana ia meresahkan..

hmm.. teringat pula tentang wanita2 disekitar aku yang kadang2 buat aku tersenyum.. ada masa sambung lagi ye... penat ni menaip... jap nak wat sound efek (vroooooooooooooom) maaf pinjam sound efek :)

~Untukmu Teman~

::download lagu::
Di sini
kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria

Reff:
Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ingatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkanku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

back to reff:

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janji-Nya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasih-Nya

Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah gelita hadirlah cahaya

back to reff:

Diselamanya
(ending)

Thursday, July 27, 2006

kasih sayang mengikut bulan lahir

apa yang aku ambil ni dari sebuah forum...

dan diaplikasikan komen utk diri aku dan seseorang

Disember (aku)
- Pemurah terhadap perhubunganinsyaAllah
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.(tak lah,aku tak mcm ni sgt)
- Tergesa-gesa dalam perhubungan(nak kata tergesa tak gak,tapi suffer la)
- Suka didampingi oleh pasangan. sukee
- Benci bila dikongkong.(kongkong benda baik tak benci kot)
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
(insyaAllah tak pada aku)

- Suka mempengaruhi pasangan.(ni camne ni?tak kot pada aku)
..............................................................................................
Oktober (seorang yang ku kenali)
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan. ya
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.ya
- Sopan terhadap pasangan.ya
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.ya
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya. yaaaaa
- Emosi yang mudah terusik.yaa
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.yaa
- Cemburu dan terlalu cemburu.ya sket je..kot sebab pernah dia akui
tapi tak terlalu

- Romantik(mungkin selepas berkahwin)
- Memahami pasangan. ya...

hmmm..... Allah jua yang mengetahui....

tarikh ini (7/7/2006 9:37:30 PM)

hakikatnya,baru 21 hari aku melalui hari2 sepi ku kembali, tanpa gelak tawa dan gurau sendanya yang aku tatap di monitor komputer ku.Mungkin kenyataan ku pada sms itu mencalarkan hatinya,apapun aku tidak bermaksud yang tidak-tidak2 pada ketika itu..
cuma aku terbayang pada sebuah ikatan pada masa itu dan ia cukup terasa menyelinap ke lubuk jiwa.
hakikatnya aku kesepian lagi.. apapun bukan aku tidak biasa ditemani sang sepi,dulu2 pun aku selalu ditemani oleh sang kesepian..cuma situasinya sedikit berbeza kerana dulu aku ditemani kesepian dan kejahilan. Aku hanya berharap walaupun aku ditemani oleh sang sepi,masih ada jua kasih sayang Allah bersama ku.. paling tidak jika aku tak tertanggung masih ada Allah untuk aku merintih.

Siapakah dia di dalam hidupku?walau siapapun dia..aku bersyukur kerana berpeluang melalui saat2 indah walaupun tanpa bersua,aku hanya mampu menemaninya dari jauh.. dan seperti biasa aku akan menanti dan terus menanti dengan keizinan Allah.. aku akui aku pernah mencalari hatinya.. dan ku akui juga dia memang membahagiakan.

Dia adalah jiwa yang suci yang telah aku calari dan juga sebuah jiwa yang aku dambakan sebagai memenuhi hasrat sebagai seorang insan.
Ya Allah, kau peliharalah dirinya..
Aku tak mahu melukakannya lagi.. tidak... tidak mahu Ya Allah...
Di dalam kejauhan ini hanya doaku dapat menemaninya sebuah jiwa yang mendambakan kasih sayangmu jua Ya Allah..

Satu Misteri

Satu Misteri
Album : Brothers Reunited
Munsyid : Brothers ft Waheeda
http://liriknasyid.com
::download lagu::

Hadirnya bak hembusan bayu
Meniup lembut dan mengusik kalbu
Dibuai lena hingga terlupa
Semuanya ditelan masa

Namun ada yang memelihara
Bunga-bunga cinta disemai dijaga
Kerna percaya pada kembangnya
Yang akan mewarnai dunia

C/S
Cinta..
Tersematkah di istana janji dua jiwa
Cinta..
Terleraikah di antara kaca dan permata
Atau saksi buta..
Rintihan hamba di malam yang gelap gelita

Mungkin bukan cinta biasa
Bukan jua helah pendeta
Yang memuja..Yang terkecewa
Tampak kabus dipinggir senja

Repeat C/S

Terleraikah segalanya
Satu misteri di dunia yang fana
Namu harus dipelihara
Walau sementara tak mengapa

Repeat C/S

Yang tiada pernah memungkirinya janjinya...
Yang kekal untuk selama-lamanya...

Wednesday, July 26, 2006

Mengapa hari ini....

alhamdulillah walaupun minda tak berapa sihat aku masih waras nak bezakan baik buruk..aku tak mahu mencari murka Allah seperti waktu dahulu. Aku rasa hari ini aku runsing sepanjang hari.. ada perkara yang terngiang2 di kepala, masa tengah ngadap komputer.. hati,otak berkata2..aku bawa2lah berzikir untuk membentengi apa yang terngiang2 di fikiranku, apapun kuat sungguh ia terngiang2 sampaikan aku terpaksa wat2 senyum sorang2 sambil wat kerja... aku pandai sembunyikan perasaan kadang2, cuma bila aku berseorangan menghadap tuhan..aku tak mampu nak sembunyikan, aku luah segala-gala apa yang aku rasa pada Allah.. aku puas dapat luahkan segalanya pada tuhan..aku tau aku banyak dosa..yang secara sedar aku lakukan,yang separuh sedar,yang tak sedar... kalaulah apa yang aku rasa adalah kifarah dosa-dosa aku, aku redha.. aku cuma mampu sabar... sabar dan sabar... aku tak boleh kata Allah tak adil memberikan aku rasa gundah, rasa mcm beban di kepala, aku mesti belajar untuk tenang... insyaAllah.. apapun hari ini memang hari yang aku rasa fikiran aku terganggu..

Dan pada masa bekerja,terdengar lagu di corong hotfm yang tah la... mungkin itu tema untuk aku hari ini ......

Dari Kekasih Kepada Kekasih

Entah berapa kali
Kucuba membohong hati ku ini
Hebat dilanda
Rindu padamu
Namun semua alasan
Rapuh bagaikan awan berarak
Yang memang tidak pernah abadi
Dan terlalu cepatnya berlalu
Pabila di giring angin
Dan mudah pula layu
Selepas ia melimpahkan
Titis-titis ehsan

Kini hatiku sangat terdesak
Untuk memilikimu
Agar bisa aku meneruskan
Sisa-sisa hidupku ini
Seperti manusia yang punya kekasih
Yang punya kekasih

Jemputan Perkahwinan


Alhamdulillah, insyaAllah kakakku akan melangsungkan majlis perkahwinannya.. dengan jejaka pilihannya..di sini aku menjemput insan2 yang mengenali diriku ke majlis ini..apapun mungkin ada sebab2 yang tidak memungkinkan insan yang aku jemput itu pergi.. tetapi aku ingin menyatakan bahawa aku memang mengalu2 kan kedatangan ...walaupun mungkin ada batasan yang tak mampu kita ubah.. Islam tidak menghalang sesuatu tanpa sebab yang baik.. Islam itu kan indah? selamat menempuh hari bahagia kakak!!! insyaAllah adik mu ini mendoakan majlis nanti berjalan lancar...

Sebuah Jiwa Yang Suci

Warna Warna Cinta
Album : Brothers Reunited
Munsyid : Brothers
http://liriknasyid.com
Download Lagu

Mereka berkata
Hidup perlukan cinta
Agar sejahtera aman dan bahagia
Andai tiada atau pudar warnanya
Meranalah jiwa gelaplah dunia

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai
Jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis

Mereka berkata
Cinta itu merah
Mengalir bersama titisan yang sempurna
Cinta berharga bila sudah tiada
Menjadi sejarah yang mungkin kan di lupa

Apa warna cinta
Bila hidup sengketa
Kabur warnanya

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis
Uuuuu? selepas gerimis

*tajuk tiada kaitan dengan lagu dan lirik,hanyalah sebuah rasa..mengenang sebuah jiwa yang suci...
semoga di dalam redha Allah

Musafir dan berkelana bagi perempuan

Show Recent Messages (F3)

You currently appear offline to shariff_elmaghribi.

......: shariff
.......: assalammualaikum
shariff_elmaghribi: wslam
shariff_elmaghribi: yer
.......: nama betul ko
.......: sapa ek
shariff_elmaghribi: Muhammad Asyraf Bin ulaiman
shariff_elmaghribi: Sulaiman
shariff_elmaghribi: ko plak
.......: ......
.......: nak tanya sket la
shariff_elmaghribi: ooo
.....: pasal hukum berkelana
.....:
shariff_elmaghribi: aku nk sematyang jap la..sat ye
......: ko tau tak nak huraikan
shariff_elmaghribi: ko tanye dulu
shariff_elmaghribi: nanti aku jwb
.....: k
.....: emm
.....: seoang
......: ppuan
......: kalau nak jalan jauh
......: kan
......: sapa2 yang dia kena bawa
.....: samada lelaki aau ppuab
......: ppuan
.....: adik beradik
.....: ke apa ke
......: ok
shariff_elmaghribi: ok
.....:
shariff_elmaghribi: dlm hadith ade sbt
shariff_elmaghribi: jap aku tulis
.....: ok
shariff_elmaghribi: la tusafiru imra'ah illa ma'a mahramiha
shariff_elmaghribi: tidak bermusafir seseorang perempuan itu kecuali bersamanya muhrim
......: muhrim
.....: yang dimaksudkan
shariff_elmaghribi: yeps
.....: contoh seperti?
shariff_elmaghribi: suami
shariff_elmaghribi: adik beradik lelaki
.....: adik beradik ppuan takleh ek
shariff_elmaghribi: ko paham x maksud muhrim ni
......:
.......: lupe skek
.....:
......:
shariff_elmaghribi: kalau perepuan same perempuan ade ke istilah muhrim
shariff_elmaghribi: lerrr
......:
........: mahram
.....: apa maksud lak
shariff_elmaghribi: masudnya lelaki yg ade muhrim la
shariff_elmaghribi: di sini ade perselisihan pendapat..tentang musafir utk pergi haji?...perlukah muhrim??
.....n: lelaki yang ada muhrim?
shariff_elmaghribi: kalau bersama kumpulan kwn² perempuan boleh x
.....n: font engko tu kenapa la mcm tu plak
shariff_elmaghribi: iskk
....: tuko ler
......:
shariff_elmaghribi: aku nk cepat ni la
shariff_elmaghribi: nak pergi kuliah
......: k
shariff_elmaghribi: sat gi la yer
......: aku nak tido
shariff_elmaghribi: oo
....: nani
....: nanti
shariff_elmaghribi: nanti kite citer pnjg
........: k.. salam perjuangan di mesir
......:
shariff_elmaghribi: maghribi laaaaaa:::
.......:
.......: k maghribi

kesimpulan nya apa yang aku nak bagitau kat sini..aku memang ada hajat nak jemput seseorang ke perkahwinan means..majlis kakak aku.. tapi dia jauh di sana,aku jauh disini.. dan mengikut peneangan sahabatku.. dan aku memang jemput, tapi aku tak galakkan dia pergi..sebab lagipun jauh...dia pun bukan ada adik beradik lelaki, nak kata ajak ayah mak dia...siapa aku ni? yang akan buat mak ayah dia nak datang jauh2 ke majlis kakak aku? aku bukan pernah berjumpa empat mata dengan mereka? begitu juga pada sidia ,,aku tak pernah jumpa.. namun jauh disudut hati aku.. aku berniat untuk menemui... dengan rasa rendah diri jika hatiku cukup kuat..tapi aku taknaklah bertemu di dalam saat2 yang bisa... membuat hati rasa sayu2 gitu..sayu gembira takpe.. sayu sedih.. susah sket...sebab aku kalau rasa pressure tekanan..tubuh aku tak berapa kuat..akau akan rasa mcm kebas satu badan..dan boleh krem..bdan aku .. di ingat2 balik... masa orientasi, nak tunggu giliran kumpulan wa persembahan aku nye gabra...sampai aku rasa susah nak bernafas,pastu mcm nak rebah..siap krem badan aku.. hiks.. lawak sampai kena papah gi surau... dok baringkan bawah kipas...hmmm

*p/s: ........ <---siapa nih yek? hikss

Tuesday, July 25, 2006

Mengapa Mesti Ada Rasa Cemburu

Cemburu... apekah itu cemburu? perlukah ia? bagi pasangan suami isteri kalau cemburu kerana kasih sayang... takpelah kot.. tapi.. kalau macam kawan2 biasa ni.. kadang2 rasa cemburu apa kesnya? kenapa kena rasa cemburu? aku ke yang cemburu tu? aii.. pehal la plak.. takde lah.. aku ok je nih (sedapkan hati ke ni ustad???) apa2 jelah dah2.
cemburu ni kadang wat rasa ulu hati mcm digenggam kan?aku kalau cemburu pun aku masih mampu senyum, takpun aku diam je..wat2 tak tau. cemburu dalam mengejar sahabat2 seislam berjuang unuk meningkatkan iman tu lagi bermanfaat.

dalam pada masa menulis..teringat kisah kawan masa bual2 masa makan, dia kata dia frust.. ppuan tu dia kenal dari budak kilang dia..budak tu rekemenkan kakak dia,dia kata memula diorang rapat dalam phone.Pastu ada la masanya dia dah dalam 3 bulan ko kawan dia hantar ppuan tu balik kampung,ppuan tu cikgu..dalam bas dia kata ppuan tu mcm dah lama kenal je ngan dia..tak lepas tangan (Aisehh pegang tangan tu yang tak best..maaf sahabat cerita kisah kau..cuma sekadar mengingatkan apapun tak mention nama ko ok) emm... dan dia kata
dia dah nak merisik, dia tanya.. dulu la..kalau ok pastu one day dia kata..ppuan tu ajak jalan2 spend masa ngan dia pastu ppuan tu cakap mak dia tak setuju sebab kawan tu keje kilang..
Then dalam perbualan dia ada la bgtau..mention2 pasal ni.. ppuan tu siap masih nak pujuk, kawan aku ni cakap kita ni nak wat apa nak buang masa?buang duit kawan saya tu je kawan habiskan masa telefon apa semua..kan dia kerja kilang? mak ppuan tu tak suka.. apa kesudahan nya? dia kata ppuan tu sms,call dia tak angkat2...sebab dia frust.

kesian ppuan tu.. apa pun aku pun kesian gak kat seseorang sebab..cinta pada pandangan dunia.. cinta seseorang tu tak kesampaian wat masa ni.. apapun aku tak pernah doakan dia berpisah,cuma aku harapkan dia bahagia...dan aku tak mampu dekati insan2 yang aku pernah sayang... yang telah bahagia walaupun aku masih bersahabat..jika rasa kasih tu ada, aku memang tak mampu nak dekati,even kadang2 aku degil aku dekati..aku sanggup tanggung rasa pedih... apapun dalam doaku.. aku tetap harapkan kebahagiaan orang2 yang aku sayang.. siapa2 jelah.. aku masih belum mampu merasai nikmat bahagia itu,apapun aku idamkan bahagia..

ni citer lain plak.. tentang.. tu apa tu musafir.... tulis post lain lah...

*apa yang aku tulis..hanya sekadar satu coretan hidup insyaAllah

hari selasa..nak masuk rejab ni dah kan??

alhamdulillah..aku kembali, hari ini.. aku bekerja buat apa ya?hmm..buat dokumen itu, buat dokumen ini.. fotostat untuk budak2 rutin harian.. kalau ada kena kursus ke apa... adalah masa nya keluar.. tengahari gi ambil kasut yang dah siap,gi kedai motor tukar spoket motor, rantai,minyak hitam RM 50 huhu.balik makan, pastu gi bank cash in kan duit sekolah.
Sambung balik buat kerja..mmm macam biasa juga...ada masa2 kerja hati runsing, mcm2 fikir.. tapi takyah la nak layan sangat...sebab entah la.. teringat pula assigment iklan radio.. ingatkan nak tengok tadi, tak plak nak tengok..

gi kelas..ngan kasut baru..hiks kemas la buatan abang tu.. tapi design dia tak berapa mcm aku nak,sebab aku tak pantau kot ..dia wat tak sebiji ikut spesifikasi aku nak..eheh.apapun kasut tu kire "cara" la.. lawa la gak..
erk stokin tebal ikat ketat sangat, sakit lak kaki..takpe hari lain aku pakai longgar sket.sampai2 bandar terus naik atas MPH bookstore beli buku perintah2 am,undang2 kerajaan..akak kerani lama tu suruh belikan buku yang latest dah beli.. gi kelas,tak lama kelas..dalam 8.40 habis.. gi solat maghrib.pastu gi kedai gunting rambut. Lepas gunting makan ngan member kelas. makan pe ek?mmm.. makan nasi goreng isi ketam ngan air tembikai.. air tu sedap, nasi tu..erk... heheh apapun rezki, makan jelah.

lepas tu balik terus,bawa motor laju2.. sampai umah oline lah ni.. kejap..amik masa posting msg ni jap hmmm

RAST : Hujan Gerimis

Hujan gerimis
Masih belum berhenti
Tiada dapat ku pulang
Terasa ingin ku tatap wajah
Membelai manja
Agar hilang lelah dan resah

Hujan gerimis
Yang akan menemani
Perjalananku pulang
Tiada dapat lagi ku tunggu
Terasa rindu
Untuk bersua denganmu

Ini bukan satu ilusi
Hanya kasih yang abadi

Hadirmu bawa cahaya
Tersenyum gembira
Anugerah yang Maha Esa

Dikau cahaya
Tika malam menjelma
Sinarmu menyuluh
Lorong gelita
Bila dewasa
Jadi insan berguna
Taat perintahNya
Sentiasa..

Minggu bekerja

Assalammualaikum ku ucapkan

dengan keizinan ilahi aku menulis pada malam ini, sebenarnya aku tak tahu apa yang ingin aku tuliskan..cuma di tempat kerja.. aku asyik nak senyum je.. tapi walhal bukan aku gembira lah sangat...cuma saja2 wat2 senyum biarlah orang tengok aku gembira.. setidaknya orang disekeliling ku senang melihat aku.

Pulang bekerja, aku pergilah kelas pula.. emm...lupa bawa cap lah pula.. habis lah rambut aku yang dah makin panjang ala2 trojan ni... nampak mcm erk... rambut bergaya punk ke..mohican ke.. mohawk.. korang tau ke?

emm..naik2 lif..masuk tingkat 1 ramai lak awek2 bersidai kat sofa depan kaunter, aiseh...sekali imbas pandang... konar kanan sket.. wat2 muka selamba mcm takde benda.. hhuhuu..aku segan ngan ppuan sebenarnye..keh keh cover line...

malam lepas kelas...lepak ngan kawan jap...minum2,makan roti telur.. adalah satu pakcik india.. mabuk lah kot kat kedai ni..apa tah yang di carutnya... erkk...

malam sampai rumah fikir idea nak wat iklan radio utk kelas esok..camne nih... idea takde ni...erk.. yg terlintas topic volkswagen, dialog nak wat pe ha?? kasih sayang anak dan ibu ke... unsur islamic ke nak masukkan? idea tade lah... nak wat iklan jus oren ke?ke carrot susu? mmm...


S a n g P e n c in t a
L a g u d a n L irik o l eh M . N as ir
2 0 0 6 L u n c a i E m a s S d n . Bh d .
::download lagu::

Menanti satu detik pandangan magismu
Cukup untuk meredakan rindu duniawi
Segala dugaan dan pesona
Menjadi irama indah
Kesakitan ragaku
Berlalu pergi
Tiada bererti Pada Mu jua
Tertuju segala jalan PadaMu jua
Cintaku serahkan
Kerna hati seorang pencinta
Pandangannya satu
Matanya hanya melihat Dia
Yang melihatnya
Hanya Dia kekasihnya
Sang Pencinta Hanya Dia merasa
Semangat sebuah pengorbanan
Sang Pencinta
Hanya Dia mengerti
Persoalan percintaan ini
Cinta ini
Rela menderita
Agar Rindu Batinnya Terubat
Mengenang Dia
Cinta Yang Dipuja
Mengenang Dia
Cinta Yang DiRedha
Hanya Dia
Mengenang Dia
Hanya Dia

Monday, July 24, 2006

Bersederhana di dalam sebuah hubungan

ALhamdulillah aku kembali menulis malam ini sambil mendengar IKIM.FM, aku mendengar tentang tajuk di atas, ya insyaAllah..aku akan besederhana di dalam sebuah hubungan dengan izin Allah jua, namun aku tidak akan menidakkan jua tentang perasaan aku.. hanya redha Allah ku pohon.. *jangan bagitahu sesiapa Ya, nak ngadu pada Allah... aku inginkan seindah-indah perhiasan dunia itu... seorang isteri yang solehah.shh... jangan bgtau mak abah aku juga yeh..aku ada perasaan pada seorang gadis.. ya seorang gadis,bukan tomboi,bukan gadis dunia... tetapi seorag gadis dunia dan akhirat..


hihii.. malu... aku gembira ke?oh...tidak sekadar gembira berpada...Ya Allah..kurniakan aku cintamu...

Sunday, July 23, 2006

Sekadar Pengubahsuaian

cuba tengok2 perletakan code pada html pada blog.. sebab ubah lebih2 merosakkan sistem posting seperti pada blog sebelumnya.. tak tahulah kenapa.. apa pun..sekadar mencuba menambah apa2 yang perlu... insyaAllah....

Maafkanlah
Album : Epik
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com

Indah kata kebangkitan dunia
beri saja peluang untuk menebus kesalahannya yang lalu
berikan apa saja yang ku pinta
lupakan apa terjadi pasti kau takkan kesali

Air yang jernih itu kan juga keruh
akhirnya jika ia dicampur walau sedikit lumpur
kan begitu jua hati manusia
jika ia berkata walau sekecil zarah
tak bermakna....

Jalinkan persahabatan bersih
buang sifat membenci diri
jangan kau iri hati
dengan temanmu

Akui segala kesilapan
akanku pujuk jua apa terluka itu

Air yang jernih itu kan juga keruh
akhirnya jika ia dicampur walau sedikit lumpur
kan begitu jua hati manusia
jika ia berkata walau sekecil zarah
tak bermakna...

Oh insan maafkanlah
kesalahan teman seperjuanganmu
selama telah pergi kasihani dia yang terseksa
oh insan maafkanlah andai tersalah tutur bicara
oh insan renungilah ada ganjaran yang menunggu kita
tika di syurga...........

09:16 mlm selepas maghrib aku baring2 di dlm bilik.. dan aku terjaga setelah beberapa ketikanya aku melelapkan mata.. aku dengar ayah aku menelefon kenalannya mungkin, unuk menjemput ke majlis kahwin kakak ku yang seorang pada 20 ogos 2006 ini insyaAllah.Pada ketika ini juga..terlintas di fikiran seketika..
aku merasakan bahawa aku, ada masa2nya aku rasa aku macam phobia tentang phrase "KAHWIN" kerana cukup dalam rasanya ia masuk di dalam jiwa aku.. aku jua terlintas.. ya seperti biasa..aku akan rasa feel gembira bila aku rasa orang yang aku inginkan..kegembiraannya, ya aku memang inginkan dia gembira+ bahagia dan bila aku rasa... ya aku merasakannya... seperti biasa juga aku akan rasa sayu...
aku cuma mampu berusaha sedaya ku..aku tak akan melukakannya lagi insyaAllah... yang aku tahu perasaan yang aku bendung..kawal.. dahulu.. aku tahu dan sekarang aku tidak menidakkan perasaan ini. Seandainya dia, membaca coretan ku ini..aku cuma berharap satu seandainya.. dikau ada orang lain dalam hidupmu..beritahulah aku, tetapi aku akan terkilan sangat sekiranya engkau tidak pernah tahu yang perasaan aku... apapun ianya tetap sama... sperti dahulu.Seandainya kau bertanya..aku akan luahkan yang sama seperti yang dahulu tetapi insyaAllah dengan izin Allah jua.. ianya suci.. insyaAllah ...

aku memberi.. walaupun jika mulutku menzahirkan yang aku sekadar memberi dan aku tidak meminta,jauh disudut hatiku aku inginkan peluang walaupun sedikit untuk satu ruang diselitkan namaku dihatimu kembali..aku pernah kehilangan peluang dahulu dan aku redha walaupun pahit.. apapun aku akan perjuangkan niat ini... selagi aku hidup dan selagi aku rasa ianya suci... *ingatlah aku dalam doamu, keranaku mendambakan 2 cinta... cinta sejati dan cinta yang membawaku ke arah cinta sejati..

wassalam

Ampunkan aku Ya Allah....

Assalammualaikum alam...seluruh umat manusia...muslimin dan muslimat....

aku disini....aku masih bernafas..aku jua tak pandai berkata-kata atau berfalsafah ataupun menyampaikan kata-kata yang berhikmah... cuma.. aku seorang hamba... yang ingin meminta keampunan darimu Ya Allah.... aku, ya..aku berharap sekiranya aku telah kau berikan petunjuk Ya Allah.. janganlah kau pesongkan aku dari itu Ya Allah... itu jua yang ku pinta... Ya Allah untuk insan2 yang aku sayangi....berilah petunjuk hidayahmu yang sebenarnya.. Aku sedar, aku akan menjadi sorang yang beruntung sekiranya aku menjadi seseorang yang seolah terasing mengamalkan sunnah dan amalan cara hidup islam dia zaman yang bila2 masa akan kau hancurkan ini Ya Allah...

Ya Allah.. kau kuatkan lah aku di dalam menjalani kehidupanku yang kurasakan sepi,sunyi. Mereka semua insan berdekatan denganku.. meeka semua tidak perlu tahu jiwaku ini... AKu hanya perlu merintih dan perlu merintih kepadamu Ya Allah sekiranya ku rasakan dosa menghampiriku.. aku perlu banyak2 berzikir.. sekiranya ku rasakan ujian menempuh jiwaku... aku jua hanya perlu memohon belasmu untuk menguatkan jiwaku...

AKu tidak pinta ia datang Ya Allah, tapi.. aku redha.. aku redha atas ujian mu sekiranya ini adalah kifarah ataupun jua ujian darimu atas dosa2 yang telah aku lakukan... ke atas jiwa-jiwa yang suci...

Ampunkan aku Ya Allah... kemaafan jua kupinta dari insan istimewa insyaAllah...

*6.35 pm tambah shoutbox pada blog lama..adakah ia akan efek pada posting ya?masih dalam percubaan ..sebab perubahan yang drastik pada blog lama dahulu betul2 membawa masalah.. harap2 perubahan ini tiada masalah.. insyaAllah

Saturday, July 22, 2006

Bisikan Hati

Angin... adakah kau, adakah kau berbisik? Aku benar-benar ingin kembali... aku inginkan kekuatan, aku inginkan kebahagiaan....aku inginkankan sebaik2 perhiasan itu...ya aku inginkan...
dan yang pasti malam ini aku lapar.. lagi.. seperti malam yang sudah... semalam?ya semalam..semalam yang berlalu..aku lapar kembali...


*occay kan? aku occay kan?? maaf atas segalanya...benar2 semoga aku dapat menghayati erti sebuah...... (i'm sick) but i'm occay...

Jam 7:06.pagi Alhamdulillah bertemu dengan Pencipta, aku.. manusia biasa.. seketika sebelum nya aku melihat.. ya melihat sesuatu yang membuat hati aku sedikit,gundah... runsing...
aku cuma perlu tabah di dalam menjalani ujian dan dugaan Allah...
kuatkah aku? insyaAllah, Allah ada untuk aku mengadu sekiranya aku tak berdaya.. engkau maha pengasih,penyayang, ya Allah... redhailah perjuanganku Ya Allah....

Jam 12:39 pm dah tengahari ni.. lapar juga lah rasanya... aku kan,emm..aaa.. jap nak copy paste jap..

7) Hadiah membiarkan seseorang bersendirian - Ada ketika dalam hidup kita apabila kita hanya inginkan supaya dibiarkan sendirian. Cuba bersikap lebih peka terhadap saat-saat begini dan berikan peluang bersendirian.
*buat masa ini.. hanya ini yang dapat ku berikan kepada... seseorang...ya,aku akan menanti.. ya menanti sebuah kepulangan....

Friday, July 21, 2006

malam ini...

Assalammualaikum

malam ini apa yang nak ditulis,emm.. malam ni online lambat sket sebab ayah guna net nak wat apa tah..test router ke apa tah... apa je lah..
aku takde keje terus je layan naruto siri 191-193 je dulu.
pastu tak tau nak wat apa.. layan dengar lagu2 kahwin.. bukan apa.. bukan aku yang nak kahwin..
Apapun aku pun ada gak niat nak kahwin.. tapi lom sampai waktu ..eheh.
Priview dengar lagu tu je sebab nak burn dalam cd... nak pilih mana yang sesuai.. nak kasi kakak aku and bakal abg ipar lah kononnya...

ada 17 lagu...yg dah aku burn jadi audio cd.. iaitu:-

1 Selamat Pengantin Baru - Mestica
2 Gambus Jodoh - P.Ramlee
3 Cincin Emas - M.Ishak
4 Rumahku Syurgaku - Hijjaz
5 Pak Kelepak Pak Pong - M.Daud

6 Kalau Jodoh Tak Ke Mana - P.Ramlee & Saloma
7 Pengantin Baru - Rabbani
8 Kalau Ada Jodoh - Muhaini Suratman
9 Bunga Rampai - Zaleha Ismail

10 Pinang Sireh Pinang - Ismail & Anita
11 Joget Mak Andam - Ahmad Jais*aah..mcm suara haziq af4 pun ada hiks
12 Gila-Gila Pengantin - Les Sekinchan
13 Selamat Pengantin Baru - Hijjaz

14 Ucapan Pengantin - Ismail Haron
15 Selamat Pengantin Baru - Anita Sarawak
16 Kasih Kekasih - In Team
17 Joget Pak Mat Kahwin Lagi - Ismail & Anita

lagu2 ni aku dah tapis..dari 43 lagu.. rasanye yang ni.. yang ok sket..aku tak ambil lagu yang ada elemen pasal malam berinai lah,bersandingnya lah, direnjis2 dipilis lah.. yang mcm bnyk sangat elemen adat yang kalau boleh kita tak amalkan la.. Cuba masukkan unsur2 islamik dalam compilation lagu kahwin ni..
cinta tuhan dan manusia...konsepnya la..

kes lain,emm..menahan lapar pun ya.. nak gi kedai makan.. tunggu2 burn cd..keluar makan dekat jam 2 gi kedai mamak... naik motor lalu bawah flet sekali ada la 2 makhluk dok kat pangkin.. aku ak pandang la.. insyaAllah manusia..hehhe.. sebab aku tengok ngan sipi2 mata jek..sorang rasanya ppuan.. huh rambut gerbang.. baju kelawar... sampai kat kedai mamak.. dok pikir2.. emm... manusia ke tu ek? hahaha... naik bulu roma aku...jap..hahahaks..dok baca2 doa ish.. jauhilah syaitan kalo ada yang nak menggangu aku...huhuu.. Makan maggie goreng ngan ayam goeng ngan nes tarik RM 6.20 ,,,fuhh mahal tul la mamak ni... sesekali terdesak je bleh la makan kedai mamak.Time balik.. lalu lagi tengok dah takde (alahh makcik tunggu anak dia balik keja lah tu kot...) ekekek



Wednesday, July 19, 2006

siapakah gerangan??? biarlah rahsia....

Suratan atau Kebetulan

Pertemuan dengan-nya tengahari itu memang manis tapi di akhirnya membimbangkan..kenapa ya? Kerana aku telah selitkan pada-nya sebuah harapan!

*Sekadar memikirkan adakalanya...siapakah insan itu..

Sabar insyaAllah...

Assalammualaikum

Ya Allah... terima kasih,atas segala kurniaan mu..terima kasih atas saat2 bahagia sementara ataupun seketika yang aku pernah rasa ... adakah semua yang aku rasa kepuraan? aku tak mahu kembali kepada kerosakkan ya Allah.. berikanlah aku sifat tabah dalam menjalani kehidupan di dunia ini Ya Allah... bantu aku ..
Berikanlah aku peluang untuk menikmati sebuah kebahagiaan...

Ya Allah =) kakak ku akan berkahwin insyaAllah pada 20 Ogos majlis di rumah nenek.. dan 21 Ogos di rumah pengantin lelaki.. berkatilah majlis ini Ya Allah..

Ya Allah berikanlah kebahagiaan kepada insan2 yang aku SAYANG.... YA Allah...berikanlah..dunia dan akhirat.... aku tak pandai nak berkata2 Ya Allah.. .

Diamku tidak bermakna aku tidak peduli Ya Allah,aku kena belajar .. ya belajar untuk kembali kepada sesuatu yang pernah aku idamkan dahulu.. sebelum aku lena di dalam kealpaan...aku kena kembali terjaga... untuk berusaha menuruti apa yang kau redhai Ya Allah.


Sungguh..aku Rindu, rindu pada segalanya... segalanya yang kau redhai.. kadang2 aku rasa segan Ya Allah, bila aku rasa iman mula masuk ke dalam diriku.. aku akan menjadi seorang insan yang tak banyak bercakap.. kurang berkata... kerana.. itulah aku yang dahulu..


*salam ingatan dari jauh untuk insan yang tidak pernah kutemui*

Tuesday, July 18, 2006

Doa Buat Kekasih

::download lagu::
Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahagia
Di mana nilai setia
Di manakah puncak cinta

Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti

Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara
Lupakan kisah yang lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih

*insyaAllah doaku untuk diriku dan juga dirimu

Sunday, July 16, 2006

Mujahadah

Assalammualaikum ...sahabat2 sekalian...

emm.. tiada apa yang ingin dicoretkan malam ini... cuma... diri empunye blog ini tak berapa sihat.. tekak.. tak sedap.. pening2 kepala.. sikit..

aha..semalam gi makan kat kedai nama 1001 malam kat batu pahat..area bus stand lama.. hek hekk..gaji dia besar... pensyarah kat poli kat sarawak.. dia belanja le.. hiks... makan lamb chop ngan kentang goreng... nak western jek..
dah dia nak makan tu..aku pun makan lah benda yang sama...

apa pun..syukur dengan rezki Allah berikan? hmm... alhamdulillah


Friday, July 14, 2006

Panduan Untuk Bercinta

Assalammualaikum

diucapkan kepada diriku.. =) pada hari ini... aku bersyukur kerana dapat memiliki sebuah panduan untuk bercinta.. emm.. aku cuba hayati...apa yang terkandung.. aku faham.. aku juga memahami... pahit manis, liku2 hidup ku... segala kesalahan , tingkah laku ku di hari yang lepas... aku berharap... aku tidak akan kembali.. kepada kejahilan masa lampau walaupun jika aku di uji dan di duga dengan masalah kehidupan ku...

Aku, ya.. aku .. aku juga memang mempunyai rasa bersalah kepada insan2... ya kepada insan2 yang bergelar wanita... walaupun..adakah aku rasa itu tidak seteruk mana? kesalahan ku? tidak kah?? sememangnya jika aku hayati sesungguhnya..aku patut merasa sesal dengan apa yang aku telah lalui.. apapun, yang telah berlaku..tetap tidak boleh di ubah hanya... iktibar dan pengajaran dan juga... azam untuk tidak melakukan kesilapan berulang kali yang aku harus terapkan di dalam diri ini...

Ya Allah.. aku sedar, dahulunya memang aku ingin menjadi insan yang...diredhai.. tetapi aku juga telah melalui detik2 aku hanyut ..hanyut dalam kejahilan.. kealpaan.. kecuaian.. aku tidak mahu terus begitu... aku juga.. kadang2 adakah aku layak? untuk meminta belas mu? seandainya aku... aku tidak mengasihani diriku sendiri?

Ya Allah...aku hanyalah hamba, hamba yang sememangnya mengemis... mengemis kasih sayangmu... walaupun... banyak dosa..ku... aku hanya seorang pengemis... pengemis yang mengharap keredhaan... keredhaanmu dalam perjuanganku... redhai lah perjuangan ku Ya Allah...

ISTIQAMAH kan lah aku di dalam amalanku....
amiin.... amiiinn... YA Rabb...

Sunday, July 09, 2006

Pahit Manis Kehidupan...

hai.. diriku... kadang2 macam kelakar juga tulis-tulis macam ni,tapi bila rasa nak berbual nak berkata sesuatu nak menyampaikan seusatu... bila tak ditulis atau diluah tersimpan jelah... apapun apa yang terlintas tulis jelah kan?Betullah hidup ni kan? ada masa pahit ada masa manis...tu semua ujian, dugaan hidup di dunia yang sementara ni... bila tulis2 macam ni rasa macam.. angin efek sepoi2 bahasa lak.. macam dalam filem gitu, hihihi...feel la tu konon.. ahaha..padahal kipas kat depan ni ha... dengan environment bilik ni yang tahapa2, hari ni tah tak tau nak wat apa... cuma tadi terfikir nak keringkan baju dalam dryer washing machine, siapkan sket artwork... dan masa bangun tidur tadi kepala menerawang lak fikir tah apa-apa.. syuhh...syuhhh.. hidup ini...ya, hidup ini...banyak dugaan kan?

ok lah minta diri dulu ya?? assalammualaikum

Saturday, July 08, 2006

aku tersenyum dengan kegembiraannya...

emm... lapar lahlepas solat cari makanan lah... apa pun malam ni aku tersenyum kerana pada lewat malam ini aku dapat melihat nya walaupun tanpa di hadapanku dia gembira... gembira dengan harinya pada malam ini... alhamdulillah.. bila melihat dia semoga ceria selalu ya... amiiin

Friday, July 07, 2006

Bantulah Aku Melawan Nafsu

Telah aku lawan nafsuku setiap waktu
Ku cuba berkali-kali, ku gagal lagi
Aku tak putus asa, ku lawan lagi
Namun aku tak mampu, ku kalah jua

Oh Tuhan, bantulah aku mudahkan aku
Melawan nafsu ini yang merosakkanku
Agar aku tak terhalang untuk menuju-Mu
Tolonglah aku Tuhan, Kasihanilah aku jangan Engkau biarkan aku

Tuhan, bantulah aku
Kasihani aku jangan biarkanku bantulah aku selalu
Aku tak putus asa
Oh ku tetap berjuang dengan mengharap bantuan dari-Mu

Kalaulah Engkau terus membiarkanku
Ku akan berterusan ke lembah dosa
Oh Tuhan, nafsu dan syaitan sering mengganggu aku
Setiap hari ia memusuhi ku ketika ku ingin mentaati-Mu

Jangan biarkan aku keseorangan
Menghadapi syaitan dan nafsuku
Aku ingin mentaati-Mu, ku ingin redha-Mu
Kalau Engkau biarkan aku
Ku akan kecewa nanti

Tuhan, ku akan mencuba lagi
Melawan nafsu dengan bantuan-Mu
Dan rahmat-Mu Tuhan

Di dalam sembahyang ini kuharapkan-Mu
Berikan padaku cinta dan takutkan-Mu
Sebagai pengawalku dari nafsuku
Bukankah itu janji-Mu kepada hamba-Mu

Oh Tuhan, bantulah aku menghayati sembahyangku
Agar ku dapat merasakan kebesaran-Mu
Hingga aku tak membesarkan selain-Mu
Dengan rasa itu kuharap
Moga ku kan dapat melawan syaitan dan tipuan nafsuku

Tuhan, dalam sembahyangku
Bersihkan jiwaku, lemahkan nafsuku, selamatkanlah diriku
Suburkan rasa kehambaan
Dan kekalkan rasa itu di dalam seluruh kehidupanku


*Lagu ni mempunyai isi yang menarik.. yang membawa kita menghayati tentang apa yang telah kita lakukan.. muhasabah diri... dengan membawa kita sesuatu tentang nafsu.. ya godaan nafsu pada semua manusia dari semua golongan... nafsu yang tidak terarah... memang membahayakan.. Ya Allah bantulah aku melawan nafsu-nafsu yang tidak kau redhai... insyaAllah

Ubahsuai template blog

Nak tengok aje ada perubahan tak.. dan samada boleh posting... hanya percubaan....nampaknya... takpelah yang penting.. isi yang bermakna lebih bernilai kan? daripada luaran yang nampak menarik??cuba ubah nampaknya masalah lama bakal mengganggu balik... tak boleh update post... macam ni pun dah ok kan??

Hadiah membiarkan seseorang bersendirian - Ada ketika dalam hidup kita apabila kita hanya inginkan supaya dibiarkan sendirian. Cuba bersikap lebih peka terhadap saat-saat begini dan berikan peluang bersendirian.

Ya..benar.. mengertilah saat-saat ini.. sayangilah masa-masa indah...emm..semalam dengar IKIM online.. dengar ulasan tentang sebuag buku... ya sebuah buku... akan ku dapatkan buku itu... insyaAllah untuk memahami apa yang telah diulas di dalam rancangan dengan lebih lanjut... memang menarik.Lepas tu dengar pula ceramah baru yang di dolad dari internet.. tajuk apa ya?? GANGGUAN EMOSI DALAM PERSPEKTIF ISLAM..memang menarik isi yang dibincangkan dalam ceramah ini... sebab aku ni dari golongan mana ya?bagi contoh penyebab stress yang diberikan?? ada gak la yang aku rasa ada pada aku... :)

Wednesday, July 05, 2006

menaip kembali

Assalammualaikum...

tak tahu lah apa yang aku nak tulis...tapi,apa yang aku nak cerita kat sini..apapun ada yang aku dah cerita pada seseorang... ya ...seseorang... yang aku senangi... walaupun... aku penah sakiti dia...hihii...insyaAllah tak buat lagi... tak wat lagi.... mm..sebenarnya banyak perkara yang bermain di fikiran.. tentang hal masa depan.... apa2 lah..banyak segi difikirkan... yang terdekat nak solve masalah dapatkan rumah sewa baru..rumah skang dah dinaikkan sewa rm300... kalau bulan2 bayar sewa dok sorang... bile nak kumpul duit?? nak la kumpul... nak kawen dan hidup ngan sesorang tu... hihhik.. betul nak tak tipu... tapikan kadang2 fikir, layak ke aku ni untuk jadi suami?nak berdepan ngan sesorang yang nak dijadikan mertua? camne nak mulakan? apa topik perbualan? <-- ni kalau la ada rezki jumpa parents sesorang tu... dengan hidup aku yang tak terurus sangat....aku kadang2 buntu.... banyak perkara bermain di minda aku... apa2 pun...aku sayang seseorang tu... tak tipu..betulll :)

*nak tambah sket... tadi masa balik dari bandar hantar dokumen dan ambil dokumen... ada satu volkswagen kaler hijau2 lawa gak la.. berkilat je.. masih terjaga la... aku follow je dekat dari belakang... suka la tengok bonggol 4 tayar dia tu... comel macam aku... hihhi

Sunday, July 02, 2006

dan malam ini...

malam ini... dan malam ini... seperti malam yang berlalu... maaf ya... =)