hmm.. hari ini, hari terakhir bekerja minggu ni.. dan cuti panjang sikit sebab isnin tak kerja kan,malam tadi aku bermimpi.. kire seram gak la,maybe mainan tidur.. apapun takla berapa mengecewakan mimpi tu.Aku mimpi bahawa mak ayah aku meminang@merisikkan untuk aku seorang gadis dan hajat aku ditolak, dalam pada tu masa kepulangan mak ayah aku.. mak aku kata jangan sedih yeh? aku cakap je la mana ada sedih.. aku pelik lain aku suruh pinang, lain yang dipinangnya.. orang yang aku suruh pinang tu adalah seseorang yang pernah aku lukai.. bukan lah seorang yang pernah membuatkan aku terluka.. kisah sedih aku tu plak yang dipinangnya.. mimpi2 apalah ertinya..
dalam pada teringat mimpi aku,aku teringat satu kisah mimpi yang dikhabarkan kepadaku oleh seorang yang istimewa lama dahulu. Dia menyatakan bahawa dia telah di timpa musibah kalau tak silap aku di trek jogging... dan aku telah mencederakan orang yang memberikan dia atau dengan kata lain asbab musibah tu.. yang tak dapat dielakkan. Setelah aku membelasah asbab kejadian musibah tu.. dia menyatakan bahawa aku seperti tidak mengenalinya. Dia sedih sebab aku tak kenal dia.
apakah ertinya?? apakah maksud mimpi itu? adakah apa yang berlaku aku mencalari sebuah hati itu adalah maksud mimpi itu? hanya Allah jua yang mengetahui...
to be continued... lom habis lagi ni yeh :)
29.7.06 7.33 pagi Alhamdulillah aku masih bernafas hari ini, jika dilihat banyak sungguh posting aku di dalam blog ini,apapun sekadar sebuah coretan kehidupan. Banyak sebenarnya yang ingin aku ungkaikan <--betul ke perkataan ni? entahlah.. harap2 kalian faham. Aku pun tak pasti apa yang aku hadapi kadang2 macam blur.. tapi insyaAllah aku tahu apa yang aku lalui, aku sebenarnya berperang dengan perasaan, dengan pujuk rayu syaitan.. ya aku berperang. Memang cukup mujahadah melalui ujian Allah.. cuma aku berharap Allah berikan aku kekuatan dan tidak akan membiarkan aku rebah dan menjadi seseorang yang tidak bersyukur di dalam ujian dan setiap dugaan. Banyak perkara bermain di fikiran, dan aku terjaga pagi tadi dalam jam 6.00 tepat. Alhamdulillah Allah bangkitkan aku, aku terbaring di penjuru tilam selepas solat isyak, dan apa yang aku ingat aku sedang berfikir waktu itu...sehinggalah aku tertidur dan terjaga pada keesokan harinya. Lepas solat aku berdoa apa yang patut dan aku terfikir nak baca ayat2 suci A-Quran dari sebuah kitab tafsir Al-Quran Rasm Uthmani yang aku beli. Aku beli tak ingat bila cuma yang aku tahu aku lebih memahami tajwid dengan rasm uthmani jika ilmu A-Quran aku dalami lagi. Aku baca muka2 akhir sebab bertujuan nak mengingatkan kembali banyak ayat2 lazim yang aku dah lupa dan aku tak hafal untuk di baca ketika solat. Yang aku tahu aku asyik baca beberapa ayat lazim selepas al-fatihah yang asyik aku putar2 kitaran nya.. takkan lah ayat tu je aku nak baca?? jahil2, apa pun aku bersyukur sangat sebab aku masih boleh membaca Ayat-ayat Al-Quran means ayat2 untuk dibaca ketika solat walaupun aku jarang membaca.. dan aku jua sedar tuntutan Al-Quran yang telah aku abaikan, harap2 niat aku untuk mebaca A-Quran hari2 dapatlah pertolongan dari Allah di dalam usahaku. Dalam pada tu teringat pula pada niat ku pada seseorang untuk membaca Ayat-ayat dan kalimah Allah bersama2 nya.. ampunkan aku Ya Allah sekiranya aku terfikir tentang hal itu ..
Perpisahan.. ya aku redha dengan izin Allah jua, sekiranya perpisahan ini lebih membawa aku dan membawa ku kembali pada Allah aku cukup bersyukur. Aku cuma berharap perpisahan dan jarak antara aku dengan seseorang tidak akan membawa aku kepada menjadi tidak bersyukur atas nikmat Allah. Aku cuma berharap Allah berikan aku kekuatan di dalam menghadapi rasa di dalam jiwa. Walaupun tidak aku mendekatinya tidak bermakna aku melupakan, doaku insyaAllah berpanjangan. Di dalam kesepian paling tidak pun, ada Allah menemani aku sekiranya aku bisa rebah di dalam ujian, kepada nya jua aku merintih. Kadang2 aku terfikir.. adakah aku masih dalam ingatan seseoang itu? hanya Allah jua mengetahui.. tidak ada daya ku untuk menggapai sebuah jiwa kerana ia meresahkan..
hmm.. teringat pula tentang wanita2 disekitar aku yang kadang2 buat aku tersenyum.. ada masa sambung lagi ye... penat ni menaip... jap nak wat sound efek (vroooooooooooooom) maaf pinjam sound efek :)
1 comment:
Ummmm.... mengikut tajul muluk org2 melayu, mimpi itu adalah keblikan apa yang akan berlaku kepada kehidupan kita pada satu hari nanti.
Bukti yang nyata, pernah tak terasa, bila sampai ke satu tempat, ko kata pernah samapi kat tempat tu. Tapi bila? Inilah yang dinamakan roh berjalan bila kita tidur. Dan ada kaitannya dengan mimpi kita setiap malam.
Apapun, percayalah qada' Qadar dari Allah s.w.t.
Post a Comment