Wednesday, July 19, 2006

Sabar insyaAllah...

Assalammualaikum

Ya Allah... terima kasih,atas segala kurniaan mu..terima kasih atas saat2 bahagia sementara ataupun seketika yang aku pernah rasa ... adakah semua yang aku rasa kepuraan? aku tak mahu kembali kepada kerosakkan ya Allah.. berikanlah aku sifat tabah dalam menjalani kehidupan di dunia ini Ya Allah... bantu aku ..
Berikanlah aku peluang untuk menikmati sebuah kebahagiaan...

Ya Allah =) kakak ku akan berkahwin insyaAllah pada 20 Ogos majlis di rumah nenek.. dan 21 Ogos di rumah pengantin lelaki.. berkatilah majlis ini Ya Allah..

Ya Allah berikanlah kebahagiaan kepada insan2 yang aku SAYANG.... YA Allah...berikanlah..dunia dan akhirat.... aku tak pandai nak berkata2 Ya Allah.. .

Diamku tidak bermakna aku tidak peduli Ya Allah,aku kena belajar .. ya belajar untuk kembali kepada sesuatu yang pernah aku idamkan dahulu.. sebelum aku lena di dalam kealpaan...aku kena kembali terjaga... untuk berusaha menuruti apa yang kau redhai Ya Allah.


Sungguh..aku Rindu, rindu pada segalanya... segalanya yang kau redhai.. kadang2 aku rasa segan Ya Allah, bila aku rasa iman mula masuk ke dalam diriku.. aku akan menjadi seorang insan yang tak banyak bercakap.. kurang berkata... kerana.. itulah aku yang dahulu..


*salam ingatan dari jauh untuk insan yang tidak pernah kutemui*

2 comments:

Azhar Ahmad said...

Syahdu, dan sangat mendalam maksud dia. Sebak saya baca....

ustad said...

Terima kasih encik azhar sudi melawat.. anyway mana en.azhar dapat link ke blog saya ni ya... :) saya tak letak identiti pada blog ni sebab.. malas la kalau kawan2 terjumpa.. yang rapat dengan saya tahu... apa yang terpendam dalam jiwa ni.. apa pun.. dalam hati ni jauh dalam sudut hati masih ada... pemikiran islamik dalam diri ni.. even dah tercemar.. dengan kesilapan-kesilapan yang pernah saya lalui.. apa pun.. apa yang terlintas dari naluri.. saya tulis jelah... cuma kadang-kadang kena selidik,kaji diri.. siapakah kita..untuk apa kita dijadikan? saya ni bukan ustad dalam realiti dunia...jauh mempunyai ilmu agama yang tinggi.. cuma syukur Allah masih tak tarik lagi nikmat agama dan kesedaran dalam diri.. Allah masih sayang saya insyaAllah... apapun.. sepanjang hidup saya.. orang gelar saya ustad..apapun itu satu doa..ada la berbagai situasi yang menjadikan saya digelar ustad... kdg mcm segan sket..hehehe..sebab budak2 tak kenal saya usha pelik kot.. wuihhh ustad... alim neh.. dunia.. dunia.. :)